Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 universiti tempatan anjur rumah terbuka di wadah maya

Universiti-universiti setempat biasanya sibuk dengan persiapan bagi acara-acara rumah terbuka tahunan mereka bagi menarik para lulusan GCE "A".

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Feb 2020 07:04PM Dikemas Kini : 22 Feb 2020 12:43AM

SINGAPURA: Universiti-universiti setempat biasanya sibuk dengan persiapan bagi acara-acara rumah terbuka tahunan mereka bagi menarik para lulusan GCE "A".

Namun di tengah-tengah kebimbangan penularan COVID-19, empat universiti akan menganjurkan rumah terbuka di wadah maya.

Universiti Sain Kemasyarakatan Singapura (SUSS) pula membatalkannya sama sekali.

Kampus Universiti Pengurusan Singapura (SMU) seluas 4.5 hektar terletak dalam Daerah Pusat Bandar (CBD). Universiti itu berharap kedudukannya yang strategik akan memberinya kelebihan untuk menarik para pelajar baru.

Mereka yang berminat boleh melihat-lihat kampus SMU dengan lebih dekat secara online.

Ini kerana perhimpunan besar-besaran terpaksa dibatalkan ekoran kebimbangan COVID-19.

Keupayaan lelaman SMU sedang dipertingkatkan untuk menampung bilangan pelawat yang tinggi.

Lebih ramai ejen akan juga dikerah untuk menjawab soalan-soalan secara langsung di wadah online.

SMU menyatakan jumlah pendaftaran bagi tahun ini meningkat seganda berbanding 13,000 orang setahun yang lalu.

Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) akan turut mengadakan acara rumah terbuka masing-masing secara online.

Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) pula akan menganjurkan sesi-sesi perkongsian secara kecil-kecilan pada bulan depan. 

Sumber : CNA/RR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan