Skip to main content

Singapura

4 taman hidupan liar S'pura sambut 900 anak haiwan merangkumi 160 spesies tahun lalu

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tahun 2021 merupakan sebuah tahun produktif bagi populasi hidupan liar di Taman Burung Jurong, Night Safari, River Wonders dan Taman Haiwan Singapura yang menyambut kira-kira 900 anak haiwan merangkumi 160 spesies. Jumlah itu hampir seganda berbanding setahun sebelumnya.

Sebanyak 44 spesies tersebut disenaraikan sebagai haiwan terancam di bawah Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), menurut Mandai Wildlife Group dalam satu kenyataan pada Rabu (23 Feb).

Antara sambutan anak haiwan yang disaksikan tahun lalu adalah:

1. Anak beruang panda gergasi pertama Singapura, yang dinamakan Le Le selepas satu undian umum. Anak beruang itu dilahirkan pada Ogos tahun lalu iaitu sembilan tahun selepas ibu bapanya, Kai Kai dan Jia Jia tiba, di Singapura. Ia merupakan satu kejayaan besar bagi spesies terancam itu dan untuk usaha pembiakan hidupan liar di sini.

2. Dua anak kuda belang baru bagi spesies Grevy di Taman Haiwan Singapura. Terdapat hanya kira-kira 3,000 ekor kuda belang spesies ini yang hidup liar.

3. Seekor kongkang Sunda yang disambut pada Hari Krismas. Ini adalah spesies yang terancam pupus dek permintaan yang semakin meningkat dalam pemerdagangan haram untuk dijadikannya sebagai haiwan peliharaan dan ciri-ciri penyembuhan penyakit yang kononnya ada pada haiwan ini dalam perubatan tradisional.

4. Empat anak anjing liar gurun Afrika di Taman Haiwan Singapura.

5. Seekor anak merpati tanah Negros di Taman Burung Jurong.

Sumber : Today/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita