Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 stesen MRT Laluan Timur-Barat ditutup awal bulan ini bagi kerja ganti komponen elektrik

Ia turut menasihati para penumpang supaya memeriksa jadual kereta api di stesen-stesen yang terjejas atau melalui laman serta platform media sosial SMRT.

Anggaran Waktu Membaca:
4 stesen MRT Laluan Timur-Barat ditutup awal bulan ini bagi kerja ganti komponen elektrik

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 17 Nov 2020 06:18PM Dikemas Kini : 17 Nov 2020 06:19PM

SINGAPURA: Empat stesen MRT di Lanjutan Laluan Tuas West (Tuas West Extension, TWE) di Laluan Timur-Barat akan ditutup awal pada dua Sabtu bulan ini bagi memudahkan kerja-kerja penggantian komponen elektrik.

Stesen-stesen terjejas - Gul Circle, Tuas Crescent, Tuas West Road dan Tuas Link - akan ditutup pada pukul 11.00 malam pada 21 dan 28 November, menurut SMRT dalam kenyataan medianya hari ini (17 Nov).

SMRT mengumumkan bulan lalu bahawa kesemua gegelung perjalanan pemutus litar 22kV di TWE akan digantikan menyusuli gangguan pada khidmat MRT yang disebabkan oleh komponen-komponen yang rosak pada 14 Oktober lalu.

"Penutupan awal TWE pada bulan November akan mempercepatkan kerja-kerja gantian gegelung perjalanan dan membolehkan kerja-kerja itu diselesaikan sebelum hujung 2020," tambah kenyataan itu.

Menurut SMRT, waktu kereta api terakhir berlepas dari stesen-stesen yang terjejas adalah berbeza-beza.

Ia turut menasihati para penumpang supaya memeriksa jadual kereta api di stesen-stesen yang terjejas atau melalui laman serta platform media sosial SMRT.

"Sepanjang tempoh penutupan awal, para penumpang boleh menaiki bas nombor 182M, 192, 193 dan 254 sebagai pilihan pengangkutan alternatif di kawasan Joo Koon dan Tuas Link," tambah SMRT.

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan