Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 setem baru dilancarkan sebagai penghargaan buat warga emas di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
00:48 Min
Empat setem baru dilancarkan bagi menunjukkan penghargaan buat golongan warga emas dan saudara mara lebih tua.
Diterbitkan : 08 Oct 2022 09:04PM Dikemas Kini : 08 Oct 2022 09:27PM
SINGAPURA: Empat setem baru dilancarkan bagi menunjukkan penghargaan buat golongan warga emas dan saudara mara lebih tua.

Usahasama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Singapore Post itu adalah sebahagian daripada sambutan Tahun Meraikan Keluarga SG.

Setem itu akan menampilkan maskot Keluarga Sepanjang Hayat demi menekankan nilai-nilai teras kekeluargaan.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah melancarkan set setem itu semasa peraduan menyanyi meraikan datuk nenek pada Sabtu (8 Okt).

Acara itu menggalak rakyat menjalin hubungan teguh bersama keluarga terdekat dan sanak saudara mereka.

Setem berharga antara 30 sen hingga $1.50 itu boleh dibeli di semua pejabat Singpost serta laman online mulai hari ini (8 Okt).
Sumber : CNA/RU/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan