4 remaja ditangkap disyaki serang, rompak mangsa
Mereka dipercayai menyerang dua mangsa berusia 14 dan 16 tahun serta meminta wang tunai dan telefon bimbit mereka di lorong belakang Arab Street.

Empat remaja dipercayai menyerang dua mangsa dan meminta dan telefon bimbit mereka. (Gambar: SPF)
Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kes yang dikatakan berlaku di lorong belakang Arab Street pada Khamis pada 9.20 malam.
Siasatan awal mendedahkan sekumpulan empat remaja dipercayai menyerang dua mangsa berusia 14 dan 16 tahun dan meminta wang tunai dan telefon bimbit mereka.
"Atas rasa takut, mangsa-mangsa itu mengikut arahan dan menghulurkan wang tunai berjumlah S$20 dan telefon bimbit mereka kepada kumpulan itu sebelum mereka melarikan diri," dedah polis.
Kedua-dua mangsa mengalami lebam dan luka, menurut polis.
Polis mengenal pasti remaja-remaja itu dan kemudian menahan mereka.
Remaja-remaja itu akan didakwa pada Sabtu kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja semasa melakukan rompakan. Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun dan boleh disebat sekurang-kurangnya 12 kali.
"Polis memandang serius kesalahan ganas yang dilakukan di tempat awam dan tidak akan berhenti memburu pesalah laku itu," menurut komander Divisyen Polis Tengah dan Penolong Pesuruhjaya Polis Jeremy Ang Boon Sheng.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.