4 remaja ditangkap dakwa curi motosikal di Pasir Ris
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Empat remaja, berusia antara 17 hingga 19 tahun, ditangkap kerana didakwa mencuri sebuah motosikal di sebuah tempat letak kereta di Pasir Ris Central Ahad lalu (22 Okt).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (25 Okt), pihak polis menyatakan mereka menerima laporan oleh si mangsa pada jam 8.40 pagi Ahad.
"Melalui siasatan susulan dengan bantuan rakaman kamera polis dan kamera litar tertutup (CCTV), pegawai daripada Polis Divisyen Bedok mengenalpasti identiti empat remaja itu dengan menahan mereka pada 24 Oktober," menurut pihak polis.
Siasatan awal menunjukkan bahawa remaja-remaja itu didakwa terlibat dalam satu lagi kes kecurian motosikal.
Motosikal yang dicuri itu kemudiannya ditemui polis.
Tiga daripada empat remaja itu akan didakwa di mahkamah pada Khamis (26 Okt) atas tuduhan mencuri kenderaan motor, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Siasatan sedang dijalankan terhadap seorang lagi remaja lain, berusia 17 tahun.
Polis menasihati pemilik-pemilik motosikal agar mengambil langkah-langkah pencegahan berikut:

- Meletakkan motosikal di kawasan yang terang
- Pasangkan penggera antpencuri untuk motosikal dan pastikan ia diselenggara dengan baik
- Gunakan kanvas motosikal untuk menutup motosikal dan menutup kedua-dua hujungnya dengan ketat
- Gunakan peranti pengunci tambahan seperti kunci brek cakera atau pasang pelindung penggantungan
- Keluarkan kunci pencucuh dan kunci motosikal apabila ia ditinggalkan tanpa pengawasan
- Jangan tinggalkan kunci ganti di dalam kotak simpanan motosikal
Sumber : Today/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.