Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 Program Kerja-Belajar SkillsFuture akan dilancar tahun depan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Aug 2022 07:45PM Dikemas Kini : 11 Aug 2022 11:31PM
SINGAPURA: Empat kursus baru akan diperkenalkan di bawah Program Kerja-Belajar SkillsFuture pada tahun depan.

Ini akan memberikan para peserta lebih banyak peluang untuk meraih pengalaman bekerja yang berharga dalam bidang kepakaran mereka sementara mendapatkan diploma.

Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menawarkan tiga program baru dalam bidang seperti Pengurusan Pengalaman Pelanggan, Teknologi Pertanian dan Aquakultur dan Pengurusan Kemudahan.

Di Politeknik Singapura (SP) pula, satu sijil bekerja-belajar dalam Kejuruteraan Aeroangkasa akan dilancarkan.

Mereka yang menyertai kesemua program ini mungkin dapat melanjutkan pengajian mereka di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Menerangkan lebih lanjut tentang tujuan Program Kerja-Belajar SkillsFuture dilakarkan, Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman menjelaskan bahawa program tersebut "menggabungkan pembelajaran bilik darjah dan latihan amali bagi membolehkan para pelajar mendalami kemahiran dan pengetahuan mereka".

Dalam satu tinjauan SkillsFuture tahun lalu, lebih 95 peratus graduan diambil bekerja enam bulan selepas menamatkan program bekerja-belajar.

Sekitar 9,000 peserta sudah mengambil bahagian sejak 2015 dan program tersebut terus menarik minat kukuh daripada industri.
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan