Skip to main content

Singapura

4 program bekerja sambil belajar SkillsFuture dilancarkan awal tahun depan

Empat program baru bekerja sambil belajar SkillsFuture bakal dilancarkan pada awal tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Aug 2021 08:33PM Dikemas Kini : 13 Aug 2021 08:42PM

SINGAPURA: Empat program baru bekerja sambil belajar SkillsFuture bakal dilancarkan pada awal tahun depan.

Ia akan memberikan para pelajar latihan sambil belajar dalam sektor-sektor berkembang seperti agromakanan dan analitik perniagaan.

Jumlah program yang ditawarkan di bawah inisiatif itu sudah bertambah daripada 15 apabila ia pertama kali dilancarkan pada 2015, kepada lebih 180 sekarang.

Lebih 7,000 pelajar juga meraih manfaat daripadanya.

Menteri Kedua Pendidikan Dr Maliki Osman berkata inisiatif memperluaskan program tersebut membuahkan hasil dengan 96 peratus pelajar berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat kursus.

Perjanjian juga dimeterai antara sekolah-sekolah dengan Persekutuan Perniagaan dan Pengilangan Singapura.

Dr Maliiki berkata kerjasama yang dijalin akan memberikan para pelajar akses kepada pekerjaan yang ditawarkan lebih 32,000 syarikat tempatan, kebanyakannya perusahaan kecil dan sederhana (SME). 

Sumber : CNA/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita