Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 pengendali gudang di Keppel Distripark didapati langgar amalan antipersaingan

Anggaran Waktu Membaca:
4 pengendali gudang di Keppel Distripark didapati langgar amalan antipersaingan

Keppel Distripark Gambar: Google Maps

SINGAPURA: Empat pengendali gudang masing-masing dikenakan Saranan Keputusan Pelanggaran (PID) kerana menetapkan harga di Keppel Distripark, menurut Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) pada Rabu (16 Mac).

Keempat-empat syarikat berkenaan adalah CNL Logistic Solutions, Gilmon Transportation & Warehousing, Penanshin (PSA KD) Terminal dan Mac-Nels (KD) Terminal.

Kempat-empat syarikat itu "terlibat dalam penyelarasan antipersaingan untuk menetapkan harga khidmat gudang di Keppel Distripark" dengan mengenakan "Surcaj FTZ". Perbuatan mereka itu turut melanggar Akta Persaingan, menurut CCCS.

PID adalah notis bertulis yang menggariskan fakta-fakta yang digunakan oleh CCCS untuk membuat penilaian dan alasannya untuk mencapai keputusan yang disarankan.

Pada Ogos 2018 CCCS melancarkan siasatan setelah menerima aduan mengenai penetapan harga di Keppel Distripark, iaitu sebuah kompleks pengedaran kargo yang terletak di Kampong Bahru Road.

Antara 15 Jun dan 16 Jun 2017, CCCS mendapati para wakil daripada keempat-empat pengendali itu telah berkomunikasi antara satu sama lain mengenai rancangan masing-masing untuk melaksanakan "Surcaj FTZ".

Bayaran tambahan itu dikenakan ke atas para pelanggan mereka bagi khidmat gudang yang disediakan untuk kargo yang dibawa masuk ke negara ini.

Dengan berbuat demikian, syarikat-syarikat tersebut telah dengan sengaja menggantikan risiko persaingan harga dan sebaliknya memutuskan untuk bekerjasama antara satu sama lain untuk menetapkan harga secara bebas, menurut CCCS.

Siasatan lanjut turut mendapati bahawa penetapan harga itu dilakukan dari 15 Jun 2017 sehingga 19 Nov 2019.

CCCS menyifatkan amalan menetapkan harga sebagai sesuatu yang berbahaya kepada persaingan dan syarikat-syarikat perniagaan seharusnya menentukan sendiri harga atau strategi mereka secara bebas. Ini termasuk sama ada untuk mengenakan sebarang surcaj dan jumlah surcaj tersebut.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan