Skip to main content

Singapura

4 pembantu rumah asing antara 8 kes import COVID-19 di S'pura

Singapura melaporkan lapan kes baru COVID-19 setakat pukul 12.00 tengah hari pada Selasa (2 Mac), dengan kesemuanya adalah kes-kes import.

Anggaran Waktu Membaca:
4 pembantu rumah asing antara 8 kes import COVID-19 di S'pura

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Mar 2021 10:32PM Dikemas Kini : 02 Mar 2021 10:33PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan lapan kes baru COVID-19 setakat pukul 12.00 tengah hari pada Selasa (2 Mac), dengan kesemuanya adalah kes-kes import.

Kesemua lapan kes tidak bergejala dan dikesan menerusi pemeriksaan dan pemantauan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Kes-kes import itu melibatkan seorang pemegang pas pelajar yang tiba dari Bangladesh dan seorang pemegang pas kerja yang datang dari India.

Lagi lima adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia dan Filipina, dengan empat daripada mereka adalah pembantu rumah asing.

Kes terakhir melibatkan seorang pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari Indonesia untuk mengunjungi saudara-mara yang merupakan warga Singapura.

PENINGKATAN KES DALAM MASYARAKAT

MOH menyatakan jumlah keseluruhan kes baru dalam masyarakat meningkat dari dua kes pada minggu sebelumnya kepada tiga kes pada minggu lalu. Jumlah kes tanpa hubung kait dalam masyarakat juga meningkat dari satu kes pada minggu sebelumnya kepada dua kes pada minggu lalu.

Dalam kalangan 73 kes yang disahkan semasa dilaporkan antara 24 Feb hingga 2 Mac, sebanyak 37 kes diuji positif bagi ujian serologi mereka. Lagi 26 kes diuji negatif manakala hasil ujian serologi belum lagi diperolehi bagi 10 lagi kes.

Lagi 12 kes dibenarkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah kes yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 seramai 59,842 orang di sini.

Terdapat 19 kes yang masih dirawat di hospital. Lagi 66 pula sedang menjalani pengasingan dan dijaga di kemudahan-kemudahan masyarakat.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita