Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 pegawai SCDF kongsi pengalaman lawan kebakaran besar Jalan Buroh

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) masih lagi mengerahkan sebuah pasukan bomba ke 43, Jalan Buroh bagi memantau kadar gas petroleum cecair (LPG) di udara dan tompok panas di kawasan itu bagi mengelak kebakaran susulan. 

Anggaran Waktu Membaca:
4 pegawai SCDF kongsi pengalaman lawan kebakaran besar Jalan Buroh

Para pegawai SCDF yang memberi respons awal kepada kebakaran di 43, Jalan Buroh pada 21 Jun 2019. (Gambar-Gambar: Hanidah Amin)

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) masih lagi mengerahkan sebuah pasukan bomba ke 43, Jalan Buroh bagi memantau kadar gas petroleum cecair (LPG) di udara dan tompok panas di kawasan itu bagi mengelak kebakaran susulan.

Kerja-kerja pembersihan juga sedang giat dijalankan.

SCDF juga mengadakan satu sesi perkongsian khas bersama pihak media hari ini (25 Jun), bagi menceritakan pengalaman para pegawai bomba pertama yang tiba di lokasi kejadian.

Api marak setinggi enam tingkat, gegaran daripada letupan dan tong-tong gas yang melayang.

Begitulah yang 'menyambut' beberapa anggota bomba yang mula-mula tiba di lokasi kes kebakaran terbesar di Singapura yang melibatkan gas petroleum cecair (LPG) Jumaat lalu.

Ketika menerima panggilan, Sarjan Ahmad Kafee, Lans Korporal Fazlan dan dua lagi anggota bomba lain sudah berada di pos bomba Jurong Pier yang terletak kira-kira lima minit perjalanan menggunakan kenderaan Red Rhino mereka.

Sarjan Ahmad Kafee berkata: "Bila saya belok ke kanan ke Jalan Buroh saya nampak letupan kedua dan api yang besar dan pada ketika itulah saya tahu ini sungguh berlainan dan saya kena berhati-hati."

"Memandangkan saya sedang menjalani perkhidmatan negara dan saya baru dihantar ke balai bomba ini selama dua bulan, kes kebakaran ini adalah yang pertama dan yang merupakan yang terbesar untuk saya," kata Lans Korporal Fazlan.

Tidak lama kemudian, 12 lagi anggota bomba termasuk Pegawai Waran Kedua (WO2) Syed Yazid tiba dari Balai Bomba Jurong bagi memberi sokongan tambahan.

WO2 Syed Yazid berkata: "Apabila keluarga saya tahu saya bekerja pada hari itu, mereka semua dapat nampak di media sosial dan video-video yang dimuat naik. Mereka hantar mesej untuk memberitahu saya, mereka mahu saya pulang ke rumah dengan selamat dan mahu saya beritahu mereka bila saya sudah kembali."

Begitulah antara perspektif-perspektif individu daripada para pegawai bomba yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk memadamkan kebakaran besar ini.

Selain memadamkan api, keutamaan anggota bomba pada ketika itu adalah untuk menyejukkan kawasan berdekatan dengan pancuran air agar kebakaran tidak merebak serta menurukan kadar tekanan pada tangki yang menyimpan LPG agar tidak menyebabkan letupan besar.

Antara wira yang memainkan peranan penting hari itu ialah Mejar Navin Balakrishnan.

Mujur sebelum ini, Komander Balai Bomba Bukit Batok itu sudah pernah menjalani latihan keselamatan di situ dan tahu tentang tataletak kemudahan LPG itu.

Mejar Navin Balakrishnan berkata: "Pengalaman dengan latihan pada 2018 memang membantu saya. Saya lebih tahu tentang keadaan di mana lokasi "bullet tank". Cabaran utama saya adalah keselamatan para pegawai saya. Masuk bersama dan keluar bersama."

Sehingga ke hari ini, SCDF masih lagi mengerah kenderaan keselamatan (PL) ke 43, Jalan Buroh sedang kerja-kerja pembaikan dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga. 

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan