4 pegawai Certis didakwa atas tuduhan rasuah, bocorkan maklumat operasi
Anggaran Waktu Membaca:
Logo syarikat keselamatan Cetis. (Gambar: Facebook/Certis)
SINGAPURA: Lima individu, termasuk empat pegawai Certis, didakwa pada Jumaat (8 Ogos) atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Semasa kesalahan itu dilakukan, keempat-empat individu itu merupakan kakitangan kontrak bagi Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan Kastam Singapura pada Jumaat.
Mereka ialah Sri Daniah Abdul Razak, 26 tahun; Muhammad Haaziq Karudin, 33 tahun; Muhammad Khairul Amir Suhaimi, 25 tahun; dan Mohamad Aziffi Selamat, 32 tahun.
Kesalahan mereka didakwa ada kaitan dengan interaksi bersama seorang lelaki rakyat Singapura Muhammad Sukaimi Gasali, 34 tahun, yang turut didakwa pada hari yang sama.
Sukaimi dikatakan membayar pegawai-pegawai berkenaan sejumlah S$7,661 dalam beberapa kejadian antara Jun 2021 hingga Julai 2023 sebagai balasan kerana tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadapnya di Pelabuhan Jurong, kata pihak berkuasa dalam kenyataan medianya.
Dia juga dipercayai memberikan Daniah sebanyak S$2,190 kerana mendedahkan maklumat sulit mengenai tindakan penguatkuasaan di Pusat Pemeriksaan Tuas antara Februari 2024 dan April 2024.
Pihak berkuasa menambah bahawa antara Mac 2022 hingga April 2024, Sukaimi dikatakan menerima maklumat daripada Haaziq dan Daniah mengenai pemeriksaan penguatkuasaan di Pelabuhan Jurong dan Pusat Pemeriksaan Tuas.
Antara Jun 2021 hingga Mac 2023, Sukaimi juga dikatakan menerima maklumat daripada Khairul dan Aziffi beberapa kali mengenai pengerahan mereka di Pelabuhan Jurong, menurut CPIB dan Kastam Singapura.
Daniah turut didakwa bersubahat dengan Sukaimi dan seorang individu lain untuk mengimport 22 karton dan 470 paket rokok tanpa cukai, tambah pihak berkuasa.
Sebanyak 16 paket rokok tanpa cukai ditemui di kediaman Sukaimi semasa serbuan, manakala sembilan lagi ditemui di rumah Daniah.
“Jumlah cukai eksais dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan dianggarkan sekitar S$10,914,” kata pihak berkuasa.
Sukaimi menghadapi enam tuduhan yang digabungkan atas kesalahan rasuah, dua tuduhan bersubahat dalam konspirasi mengimport barang tanpa cukai, empat tuduhan menyimpan barang tanpa cukai dan dua tuduhan berkaitan urus niaga barang tanpa cukai.
Beliau juga menghadapi empat tuduhan di bawah OSA, dengan tiga daripadanya merupakan pertuduhan yang digabungkan.
Daniah berdepan dua tuduhan yang digabungkan atas rasuah, satu tuduhan digabungkan di bawah OSA, dua tuduhan bersubahat dalam konspirasi mengimport barang tanpa cukai dan dua tuduhan menyimpan barang tanpa cukai.
Haaziq menghadapi satu tuduhan digabungkan atas rasuah dan satu tuduhan di bawah OSA.
Khairul menghadapi satu tuduhan digabungkan atas rasuah dan satu lagi tuduhan digabungkan di bawah OSA.
Aziffi menghadapi dua tuduhan digabungkan atas rasuah dan satu tuduhan digabungkan di bawah OSA.
Sesiapa yang disabit atas kesalahan rasuah boleh didenda sehingga S$100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sesiapa yang disabit atas kesalahan digabungkan boleh dikenakan hukuman seganda berbanding hukuman asal kesalahan tersebut.
Sesiapa yang disabit atas kesalahan di bawah Seksyen 5 OSA boleh didenda sehingga S$2,000 dan dipenjara sehingga dua tahun.
Pesalah yang membeli, menjual, menukar, menghantar, menyimpan, memiliki atau menguruskan barang tanpa cukai boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah cukai dan GST yang dielakkan dan/atau dipenjara sehingga enam tahun.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.