4 orang diberkas jual tiket palsu, termasuk pas palsu persembahan Taylor Swift dan Coldplay
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Empat individu diberkas atas penipuan melibatkan penjualan tiket konsert palsu, kebanyakannya bagi persembahan Taylor Swift, Coldplay, Yoasobi, Joker Xue dan Enhypen.
Sejak permulaan tahun ini, lebih 580 orang menjadi mangsa penipuan tersebut, dengan sekurang-kurangnya S$223,000 lesap, menurut polis pada Khamis (8 Feb).
Empat individu tersebut berusia antara 18 dengan 27 tahun, diberkas berikutan operasi bersama oleh polis, Carousell dan Agensi Teknologi Pemerintah yang dijalankan antara 31 Januari dan 6 Februari.
Mereka didakwa mengendalikan penipuan tersebut dengan memberi butiran akaun Singpass atau bank mereka kepada penipuan sebagai pertukaran bagi mendapatkan wang.
Penipu itu akan menggunakan butiran Singpass untuk membuka akaun bank dan talian telefon bimbit baharu. Butiran dan talian telefon bimbit itu kemudian digunakan untuk membuka akaun Carousell bagi penjualan tiket konsert palsu.
Mereka juga menawarkan tiket konsert tersebut di platform seperti Telegram, Twitter, Facebook and Xiao Hong Shu.
Mangsa yang menunjukkan minat untuk membeli tiket akan diarahkan menghubungi penipu di Whatsapp, Telegram atau WeChat.
"Dalam segelintir kes, penjual akan menunjukkan tangkapan skrin palsu atau video tiket dan/atau resit pembelian tiket," kata polis.
Penipu akan berjanji untuk menghantar tiket melalui emel atau memindahkannya melalui akaun Ticketmaster mangsa selepas pembayaran dibuat.
Lagi 11 individu, termasuk seorang remaja lelaki 15 tahun sedang membantu dalam siasatan, tambah polis. Siasatan awal menunjukkan bahawa mereka "tidak sengaja terlibat dalam penipuan tersebut" melalui pelbagai cara.
Kebanyakan daripada mereka menerima tawaran kerja di Telegram, yang meminta mereka untuk menerima wang di dalam akaun bank masing-masing untuk membeli kad hadiah Razer. Mereka juga diminta melaksanakan resit dan pemindahan wang melalui akaun bank mereka.
Remaja lelaki 15 tahun itu memberi akaun Carousellnya kepada seorang penipu, yang menawarkan untuk menambah nilai dompet Carousellnya.
Polis menasihatkan orang ramai supaya membeli tiket melalui penjual yang sah atau sumber yang dipercayai. Mereka harus berjaga-jaga dengan "penjualan tiket yang menarik dan mengikut masa di mana bekalan terhad disediakan," kata polis.
Elak membuat bayaran awal kepada akaun bank dimiliki individu tidak dikenali dan sebaik mungkin, elak membuat pembayaran awal atau pemindahan langsung kepada penjual," tambah polis.
"Sentiasa mengesahkan profil penjual melalui penilaian dan rating pelanggan."
Orang ramai dinasihatkan agar memuat turun Aplikasi Scamshield dan mengaktifkan ciri keselamatan, seperti pengesahan dua faktor dan mengehadkan urus niaga bank.
Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah sedemikian boleh menghubungi talian polis di 1800-255-0000, atau menghantar laporan di pautan ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.