4 majlis bandaran sekat akses main bola pikel susuli aduan bunyi bising
Anggaran Waktu Membaca:
Dua penduduk bermain bola pikel di kawasan kejiranan. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya empat majlis bandaran di Singapura meletakkan sekatan ke atas permainan bola pikel (pickleball) selepas menerima aduan bunyi bising daripada penduduk.
Majlis bandaran tersebut menghadkan akses ke gelanggang bola kejiranan dan mengunci pintu pagar selepas orang ramai didapati bermain permainan itu pada awal pagi dan lewat malam.
Bola pikel adalah permainan buat seisi keluarga dan rakan-rakan yang mahu kekal aktif melalui sukan dan menjalin hubungan lebih rapat antara satu sama lain.
Permainan itu semakin popular terutamanya di kawasan-kawasan kejiranan Singapura,
"Kami bermula dari kumpulan yang sangat kecil, dari empat, lima, dan kemudian sekarang kami mempunyai kumpulan kira-kira 50 orang," kata seorang pemain bola pikel.
Namun pada masa yang sama, semakin banyak aduan diterima oleh pihak berkuasa.
Apabila ditanya apakah paras bunyi yang dianggap bising, Profesor Lee Siew Eang dari Jabatan Sekitaran Binaan Kolej Reka Bentuk dan Kejuruteraan di Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata: "Ia bergantung kepada berapa nyaring, dan gangguan adalah faktor subjektif, dan ia bergantung kepada tindak balas, keadaan dan pendedahan mereka sebelum ini."
"Anda boleh lihat apabila bola melantun, ia sebenarnya menghasilkan bunyi frekuensi yang agak tinggi. Dan itulah sebabnya orang mungkin mendapati ia lebih mengganggu daripada bunyi frekuensi yang lebih rendah, kerana pendengaran kita lebih sensitif terhadap bunyi frekuensi tinggi," jelas Prof Lee.
Pihak berkuasa kini mengambil tindakan. Setakat sehingga bulan Ogos sahaja, aduan sudah pun diterima di Majlis Bandaran Sengkang, Marine Parade dan East Coast.
Majlis Bandaran Ang Mo Kio juga menyatakan pihaknya menerima maklum balas tentang "bunyi bising yang tidak henti-henti dan kesesakan di gelanggang".
Sepanduk dipasang di gelanggang-gelanggang tertentu untuk mengingatkan para pemain supaya mengurangkan daripada membuat bunyi bising, dan gelanggang dengan pintu pagar akan dikunci pada pukul 9.00 malam.
Di Mountbatten, masa bermain bola pikel juga terhad - dibuka selepas 9.30 pagi, dan ditutup pada 10.00 malam.
Anggota Parlimen kawasan undi itu, Gho Sze Kee, berkata aturan tersebut mungkin mengecewakan sesetengah penggemar bola pikel, namun ia perlu dilakukan untuk mengimbangi keperluan semua golongan masyarakat.
"Saya fikir, sangat penting untuk kita semua duduk dan berfikir tentang masyarakat secara keseluruhan.
"PM Lawrence Wong sebut tentang "kami", dan bukan "saya". Jelas sekali di sini bahawa kita perlu melakukan perkara itu.
"Jadi untuk memupuk semangat masyarakat, semangat kampung, ia memerlukan usaha yang tekun, untuk menangani isu-isu seperti pertikaian di kawasan kejiranan," kata Cik Gho.
Sesetengah penggemar permainan bola pikel berkata permainan pada awal pagi sudah menjadi sebahagian daripada rutin mereka,
dan waktu terhad tidak begitu kondusif bagi mereka yang boleh bermain hanya sebelum atau selepas bekerja.
Namun begitu, ia perkara yang mereka sanggup bertolak ansur.
Mereka juga menyarankan agar lebih banyak gelanggang tertutup dibina di sekitar kawasan kejiranan,supaya semua orang boleh menikmati permainan itu dengan aman.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.