Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 lelaki dituduh curi wayar tembaga dari bangunan JC kosong

Empat lelaki dihadapkan di mahkamah minggu ini atas tuduhan mencuri kabel tembaga atau wayar elektrik dari pekarangan sekolah kosong antara Januari hingga April tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
4 lelaki dituduh curi wayar tembaga dari bangunan JC kosong

(Gambar: TODAY, Google Street View)

Diterbitkan : 01 May 2020 06:19PM Dikemas Kini : 01 May 2020 06:22PM

SINGAPURA: Empat lelaki dihadapkan di mahkamah minggu ini atas tuduhan mencuri kabel tembaga atau wayar elektrik dari pekarangan sekolah kosong antara Januari hingga April tahun ini.

Kementerian Pendidikan (MOH) memberitahu Mediacorp pada Jumaat (1 Mei) bahawa pihaknya sedia maklum tentang kejadian yang berlaku di bekas kampus Maktab Rendah Tampines dan Maktab Rendah Jurong itu.

Empat lelaki yang dituduh itu sama ada melakukan pencurian dengan niat bersama atau pecah masuk untuk melakukan pencurian adalah: Warga Singapura Om Shakti Tiwari, 29, serta Islam Dwin, 29, Miah Shobus, 30, dan Jan Shak Mohabbat, 32, yang ketiga-tiganya berasal dari Bangladesh.

Mereka kembali dihadapkan di mahkamah pada Khamis (30 Apr), dengan perintah untuk menyelesaikan siasatan dan dakwaan tambahan pada perbicaraan berikutnya.

Menurut kertas pertuduhan, Islam dan Miah mencuri kabel tembaga sepanjang 210 meter bernilai S$11,000 dari Maktab Rendah Tampines pada 23 April, pukul 3.36 pagi.

Islam juga didakwa memecah masuk maktab rendah yang sama melalui pembukaan di pagar untuk mencuri wayar tembaga pada Mac. Dia melakukannya dengan dua tertuduh lain Om dan Jan.

Awal tahun ini, Jan dan Miah dituduh mencuri wayar elektrik dari Maktab Rendah Jurong pada 11.30 malam, 21 Januari, dengan memotong wayar membawa lari barang-barang milik MOE itu.

Lelaki kelima juga dituduh mencuri wayar elektrik milik Perbadanan JTC bersama Om dari sebuah bangunan di 215 Pandan Loop pada 17 Januari. Warga Bangladesh Rayhan Masud, 26 tahun, akan dikenakan tuduhan tambahan, namun dokumen mahkamah setakat ini tidak mengaitkannya dengan kecurian di sekolah.

MOE semasa menjawab pertanyaan Mediacorp menyatakan pihaknya sudah melantik kontraktor untuk menyediakan khidmat penyenggaraan dan keselamatan di bekas kampus Maktab Rendah Tampines dan Jurong itu.

MOE menambah bahawa kedua-dua kampus kini kosong dan tidak digunakan.

Atas setiap tuduhan mencuri dengan niat sama, mereka boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Hukuman bagi pecah masuk untuk melakukan kesalahan adalah hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan