Skip to main content

Singapura

4 lelaki dituduh curi, jual minyak kapal

Empat lelaki diberkas kerana dipercayai menggelapkan dan menjual minyak gas kapal kepada kakitangan sebuah kapal yang berdaftar di luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:
4 lelaki dituduh curi, jual minyak kapal

Gambar fail bot rondaan Pasukan Polis Pengawal Pantai Singapura (PCG). (Gambar: Reuters/Vivek Prakash)

Diterbitkan : 29 Aug 2018 01:56PM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 01:58PM

SINGAPURA: Empat lelaki diberkas kerana dipercayai menggelapkan dan menjual minyak gas kapal kepada kakitangan sebuah kapal yang berdaftar di luar negara.

Demikian menurut kenyataan polis hari ini (29 Ogos).

Penangkapan itu berjaya dijalankan selepas tiga anak kapal diberkas oleh Pasukan Pengawal Pantai (PCG) di perairan utara Tuas pada Ahad (26 Ogos). Ketiga-tiganya didakwa semalam (28 Ogos) kerana pecah amanah dengan menerima barangan yang dicuri.

Selepas menjalankan siasatan susulan, PCG memberkas empat lelaki - dari kapal yang berdaftar di Singapura - kerana dipercayai terlibat dalam urus niaga haram itu.

Empat lelaki berkenaan berusia antara 25 hingga 58 tahun. Wang tunai berjumlah S$630 turut dirampas.

Mereka akan dihadapkan ke mahkamah esok (29 Ogos) atas tuduhan pecah amanah. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan/atau didenda.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita