4 lelaki ditangkap elak cukai rokok bernilai $180,000
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Empat lelaki warga Malaysia berusia 27 hingga 42 tahun ditangkap dan 1,740 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas semasa satu operasi Kastam di Tuas View Crescent, pada 7 Jun.
Jumlah cukai serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dielakkan berjumlah S$188, 241, menurut satu kenyataan Kastam Singapura pada Rabu (12 Jun).
Warga Malaysia itu terlibat dalam memindahkan rokok yang tidak dibayar cukai dari sebuah lori ke van, tambah kenyataan itu.
Pemandu lori terbabit didakwa mengangkut rokok tersebut yang disembunyikan di antara barang-barang yang sah dari Malaysia ke Singapura.
Pemandu van dan dua yang lain pula didakwa terlibat untuk mengambil bekalan rokok tersebut.
Keempat-empat lelaki itu didakwa di mahkamah pada Sabtu lalu.
Di bawah Akta Kastam dan Akta GST, membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai, adalah kesalahan yang serius.
Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah cukaian GST yang dielakkan, berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.
Kenderaan yang digunakan untuk melakukan kesalahan tersebut juga boleh dirampas.
Kastam Singapura menggalakkan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau pengelakan cukai atau GST, supaya memberikan maklumat melalui lamannya di https://go.gov.sg/reportcustomsoffence .

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.