Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 lelaki diberkas bagi rompakan bersenjata di Jurong Gateway Road

Empat lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata di sebuah unit perniagaan di Jurong Gateway Road. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Nov 2020 08:03PM Dikemas Kini : 21 Nov 2020 12:08AM

SINGAPURA: Empat lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata di sebuah unit perniagaan di Jurong Gateway Road.

Semasa rompakan itu semalam (20 Nov), seorang suspek dipercayai mengacukan pisau ke arah seorang pekerja wanita dan menyuruhnya menyerahkan wang.

Dia dan dua lelaki lain kemudian menarik rambut wanita itu lalu mengheretnya ke dalam sebuah bilik, sebelum melarikan diri dengan wang tunai berjumlah sekitar S$48,000.

Tiga suspek itu ditahan dalam tempoh 12 jam selepas kejadian.

Mereka berusia antara 19 dengan 22 tahun.

Seorang lagi lelaki 26 tahun juga ditahan kerana disyaki membuang pisau yang digunakan dalam rompakan tersebut.

Empat lelaki itu akan didakwa di mahkamah esok (21 Nov). 

Sumber : CNA/AQ/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa