4 lagi anggota dilantik sertai CEC PAP
Empat lagi ahli dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Khamis (19 Nov).

(Dari kiri mengikut kitaran jam): Bekas calon GRC Aljunied Victor Lye; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong, Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng dan Anggota Parlimen Alex Yam. (Gambar: PAP)
SINGAPURA: Empat lagi ahli dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Khamis (19 Nov).
Empat anggota yang dilantik untuk menganggotai CEC PAP yang ke-36 adalah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong, Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee Alex Yam, Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng dan bekas calon GRC Aljunied Victor Lye.
Ketua buruh dan mantan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Ng Chee Meng adalah sebahagian daripada pasukan PAP yang bertanding di GRC Sengkang dalam Pilihan Raya Umum baru-baru ini. GRC Sengkang dimenangi oleh Parti Pekerja (WP).
Encik Lye pula adalah sebahagian daripada pasukan PAP yang bertanding di GRC Aljunied, yang turut dimenangi oleh WP.
CEC PAP yang ke-36 turut memilih para pemegang jawatan dan menamakan Menteri Kesihatan Gan Kim Yong sebagai pengerusi dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli sebagai naib pengerusi.
CEC turut melantik Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing sebagai pengerusi HQ Exco.
LAPORAN BERKAITAN: Lawrence Wong, Desmond Lee pertama kali dipilih ke dalam CEC PAP
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.