4 kes maut akibat jatuh dari tempat tinggi pada 2024, terendah dalam sedekad
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Jumlah kes kematian akibat jatuh dari tempat tinggi merosot kepada empat orang tahun lalu, iaitu kadar paling rendah dalam tempoh 10 tahun.
Kes sedemikian adalah punca utama kelima berkaitan kematian di tempat kerja, selepas kemalangan kenderaan, mati lemas dan sesak nafas.
Sehingga tahun lalu, ia adalah punca utama kedua kematian di tempat kerja.
Menurut Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH), jumlah kes sedemikian dapat dikurangkan hasil usaha membina keupayaan.
Empat insiden seumpama itu dicatatkan tahun lalu, berbanding purata 14 insiden setahun yang berlaku sedekad lalu.
Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan itu termasuk penubuhan kumpulan kerja khusus bagi menyasarkan isu-isu tertentu seperti keselamatan anak tangga dan meningkatkan kesedaran menerusi forum, menurut Pengerusi WSH, Abu Bakar Mohd Nor.
Tambah beliau, inovasi selanjutnya diperlukan untuk memastikan sektor itu terus berkembang maju.
Sementara itu, dua perjanjian dimeterai bagi meningkatkan piawai keselamatan di tempat kerja.
Salah satunya, perkongsian bersama Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) yang menyasarkan perubahan tingkah laku.
Ia meliputi usaha membangunkan latihan bagi para penyelia, pengurus dan pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja di tempat tinggi.
Satu lagi kerjasama melibatkan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), bagi meneroka dan melaksanakan penggunaan huraian robotik.

Sumber : CNA/SU/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.