4 kes COVID-19 dikesan di 4 gereja Katolik S'pura
Kes COVID-19 dilaporkan di empat gereja Katolik, menurut badan masyarakat katolik, Roman Catholic Archdiocese of Singapore pada Khamis (29 Jul).
(Gambar: Facebook/Gereja The Immaculate Heart of Mary)
SINGAPURA: Kes COVID-19 dilaporkan di empat gereja Katolik, menurut badan masyarakat katolik, Roman Catholic Archdiocese of Singapore pada Khamis (29 Jul).
Individu-individu yang terjejas COVID-19 telah mengunjungi gereja Holy Cross, Holy Spirit, Immaculate Heart of Mary dan St Anne's antara 18 Julai dengan 25 Julai. Kesemuanya tidak bergejala.
"Kesemua gereja terjejas sedang bekerjasama dengan agensi pemerintah yang berkaitan untuk mengenal pasti mereka yang terdedah virus dan menjalankan langkah berjaga-jaga sewajarnya," menurut badan masyarakat Katolik itu.
Mereka yang telah datang ke gereja itu juga digesa agar mendapatkan rawatan perubatan jika mereka merasa kurang sihat dan menghindari daripada menghadiri
acara keagamaan di gereja.
Dalam catatan Facebook berasingan, keempat-empat gereja itu menyatakan setiap satu daripada mereka mempunyai satu kes positif COVID-19 dan gereja-gereja itu sama ada sudah menjalani atau akan menjalani kerja-kerja pembersihan menyeluruh di premisnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.