Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 kes baru COVID-19 termasuk pemandu Grab diuji awal positif bagi varian B1617 dari India

Empat kes itu adalah antara 10 kes baru dalam masyarakat yang dilaporkan pada Ahad (9 Mei) dan menantikan ujian pengesahan lanjut.

Anggaran Waktu Membaca:
4 kes baru COVID-19 termasuk pemandu Grab diuji awal positif bagi varian B1617 dari India

Gambar fail kereta Grab. (Gambar: Facebook/Grab)

Diterbitkan : 10 May 2021 05:36AM Dikemas Kini : 10 May 2021 05:39AM

SINGAPURA: Seorang pemandu khidmat kereta sewa privet Grab, kakitangan penilaian risiko hartanah, seorang pekerja pembersihan dan pegawai tambahan Certis Cisco di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi diuji awal positif bagi varian B1617, yang pertama kali dikesan di India.

Empat kes itu adalah antara 10 kes baru dalam masyarakat yang dilaporkan pada Ahad (9 Mei) dan menantikan ujian pengesahan lanjut, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

PEMANDU GRAB

Kes 62969 adalah lelaki Singapura berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pemandu khidmat kereta sewa privet bersama Grab. Beliau tidak dikaitkan dengan sebarang kes sebelum ini dan bekerja setelah mengalami simptom, kata MOH.
Lelaki itu mula demam dan batuk pada 7 Mei lalu mendapatkan rawatan perubatan di sebuah klinik GP pada hari yang sama di mana beliau diuji bagi COVID-19.

Keputusannya positif pada keesokan hari dan beliau dibawa ke Hospital Alexandra dengan menaiki ambulans.

Keputusan ujian serologinya negatif.

Lelaki itu tinggal bersama teman wanitanya, seorang pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari Vietnam pada 12 April. Wanita itu menjalani notis jangan keluar rumah di kemudahan khas sehingga 26 April. Hasil ujiannya yang diambil pada 25 Apr negatif COVID-19.

KAKITANGAN PENILAIAN RISIKO HARTANAH

Kes kedua ialah wanita Singapura berusia 40 tahun yang bekerja sebagai kakitangan penilaian risiko di Lendlease dan tidak berkait dengan mana-mana kes sebelum ini.

Dikenal pasti sebagai Kes 62998, beliau bekerja dari rumah sejak 30 April.

Wanita itu mula demam pada 7 Mei dan mendapatkan rawatan perubatan di klinik GP pada hari yang sama.

Keputusannya positif COVID-19 pada keesokan hari dan beliau dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat.

Keputusan ujian serologinya negatif.

PEKERJA PEMBERSIHAN DI LAPANGAN TERBANG CHANGI

Kes ketiga melibatkan pemegang permit kerja berusia 51 tahun yang
digajikan oleh Ramky Cleantech Services sebagai pekerja pembersihan dan ditempatkan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.

Wanita itu dikenali sebagai Kes 62971 adalah rakan kerja Kes 62873, wanita 88 tahun yang bekerja dengan syarikat yang sama dan ditempatkan juga di Terminal 3.

Kali terakhir wanita 51 tahun itu pergi kerja ialah pada 3 Mei. Beliau diuji pada 5 Mei sebagai sebahagian daripada RRT namun keputusan ujian terkumpul tidak jelas lalu beliau diuji sekali lagi pada 7 Mei, kata MOH.

Pada hari sama beliau dihubungi MOH dan diletakkan di bawah pengawasan telefon selepas dikenalpasti sebagai rakan kerja Kes 62873.

Pada malam itu, beliau mula batuk dan sakit kepala dan mendapatkan rawatan perubatan di poliklinik keesokan harinya. Hasil ujiannya positif COVID-19 pada hari yang sama dan beliau dibawa ke Hospital Gleneagles dengan menaiki ambulans.

POLIS TAMBAHAN DI LAPANGAN TERBANG CHANGI

Kes keempat, Kes 62972 melibatkan lelaki Singapura berusia 57 tahun yang digajikan Certis Cisco sebagai pegawai polis tambahan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.

Tugasnya termasuk mengawal orang ramai dan memeriksa dokumen pengunjung.Beliau tidak pergi kerja setelah mengalami simptom, kata MOH.

Lelaki itu mula batuk pada 7 Mei dan mendapatkan rawatan perubatan di klinik GP, di mana beliau diuji bagi COVID-19. Hasil ujiannya positif pada Sabtu dan beliau dibawa ke Hospital Alexandra dengan menaiki ambulans.

Lelaki tersebut sudah selesai menerima kedua-dua dos vaksin COVID-19 pada 15 Februari dan 8 Mac. 

Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan