4 kejiranan SG dapat laluan berbasikal baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Empat laluan berbasikal baharu akan diwujudkan di Bukit Batok, Clementi, Jurong West dan Queenstown sebagai sebahagian daripada program Rangkaian Berbasikal Merata Pulau (ICN) yang dijalankan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Ini adalah projek ketiga bagi laluan berbasikal yang diumumkan LTA tahun ini.
"Pembinaan laluan berbasikal akan dimulakan secara berperingkat sebaik sahaja kajian kebolehlaksanaan yang berkaitan selesai, untuk membolehkan penduduk menikmati manfaatnya lebih awal," menurut LTA dalam kenyataan medianya pada Isnin (11 Sep).
"Apabila ia selesai dibina secara berperingkat mulai 2024, para penduduk boleh mengalu-alukan ketersambungan mobiliti aktif yang dipertingkat kepada kemudahan-kemudahan penting seperti tempat pengangkutan, pusat beli-belah dan pusat kejiranan masing-masing termasuk di daerah termasuk Boon Lay, Nanyang, Pioneer, West Coast dan Dover."
LTA sudah membuka tender bagi pembinaan laluan baharu itu.
Pada bulan Januari, LTA mengumumkan bahawa laluan berbasikal baharu akan diwujudkan di tujuh bandar: Geylang, Hougang, Kaki Bukit, Marine Parade, Potong Pasir, Sengkang dan Serangoon.
Laluan di bahagian tengah seperti di kawasan bandar, Bukit Merah, Kallang dan Telok Blangah pula diumumkan pada bulan Jun.
"Di bawah program ICN, LTA sedang mempercepatkan pembinaan laluan berbasikal di seluruh pulau ini bagi menggalak perjalanan lebih sihat dan hijau," menurut penguasa itu.
"Selain memudahkan perjalanan hijau, usaha kemampanan LTA juga melanjutkan kepada penggunaan kaedah binaan dan bahan-bahan mesra alam."
Antara bahan yang digunakan termasuk konkrit berkarbon rendah, yang mempunyai jejak karbon keseluruhan lebih rendah berbanding konkrit biasa.
LTA juga akan meneroka penggunaan bahan mampan lain seperti polimer yang diperkuat dengan serat kaca bagi binaan - satu alternatif kepada keluli.
Polimer sedemikian adalah lebih ringan berbanding keluli serta kuat dan kalis kakisan, menurut LTA.
"Apabila siap sepenuhnya, program ICN akan mewujudkan rangkaian berbasikal, dengan laluan berbasikal sejauh sekitar 1,300 kilometer menjelang 2030," jelas LTA, sambil menambah ini akan membolehkan lapan daripada 10 penduduk flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berada di laluan berbasikal terdekat "dalam masa beberapa minit" sahaja.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.