Skip to main content

Singapura

4 kawasan di sekitar Marina Bay dibuka semula susuli penutupan dek kesesakan semasa raptai NDP

Anggaran Waktu Membaca:
4 kawasan di sekitar Marina Bay dibuka semula susuli penutupan dek kesesakan semasa raptai NDP

Orang ramai telah membanjiri kawasan Merlion Park pada Sabtu (3 Ogos) untuk menyaksikan raptai kedua NDP tahun ini. (Gambar: Wallace Woon/CNA)

Diterbitkan : 03 Aug 2024 10:25PM

SINGAPURA: Empat kawasan di sekitar Marina Bay, yang ditutup Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (3 Ogos), telah dibuka semula.

Orang ramai telah membanjiri kawasan-kawasan Clifford Square, ⁠Fullerton Waterfront,⁠Merlion Waterfront dan Jambatan Jubilee untuk menyaksikan raptai kedua Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.

SPF mengumumkan pada 7.40 malam bahawa pihaknya telah menutup akses kawasan-kawasan berkenaan dan meminta orang ramai supaya mengelak kawasan tersebut.

Dalam satu kemas kini pada kira-kira 9.10 malam, SPF menyatakan keadaan kesesakan di kawasan tepian air telah mereda dan empat kawasan berkenaan telah dibuka semula kepada orang ramai.

SPF menasihati orang ramai supaya merujuk kepada peta Crowd@Marina Bay atau mengunjungi laman Facebook SPF untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan kesesakan di kawasan tersebut.

Pada Khamis, SPF menyatakan kesesakan dijangka di Marina Bay bagi raptai NDP itu.

Bagi mengelakkan kesesakan, pegawai SPF akan mengawal jumlah orang yang berada di sekitar Marina Bay seperti Esplanade Waterfront, One Fullerton Waterfront, Merlion Park, dan Marina Bay Sands Waterfront.

Beberapa pintu masuk dan keluar tertentu stesen MRT di sekitar Marina Bay juga akan ditutup untuk mengawal jumlah orang yang berada di sana, jelas SPF. Sekiranya terdapat kesesakan, kereta api akan memintas stesen yang terjejas untuk mengalihkan orang ramai, tambah SPF.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita