4 kanak-kanak kurang daya pendengaran ikuti tadika MOE; begini interaksi mereka di kelas

(Gambar: Goh Chiew Tong/CNA)
SINGAPURA: Dalam sebuah kelas K2 di sebuah Tadika Kementerian Pendidikan (MOE) @ Mayflower, empat daripada 13 muridnya mempunyai pendengaran tahap sederhana sehingga serius dan menggunakan Bahasa Isyarat Singapura untuk berkomunikasi.

Namun, pembelajaran dalam bilik darjah ini tidak banyak berbeza dengan kelas K2 yang lain, di mana kanak-kanak diajar tentang inklusiviti dan yakin diri.
Bahkan, bukan sahaja kanak-kanak tetapi ibu bapa, guru dan pelawat yang datang ke tadika ini turut belajar sama.
MEMULAKAN INISIATIF TERSEBUT
Inisiatif tersebut tercetus sebelum tadika itu, yang terletak di dalam Sekolah Rendah Mayflower, mula beroperasi pada 2021. MOE mengumumkan pada November 2020 bahawa tadika itu akan membantu kanak-kanak yang mempunyai pendengaran tahap sederhana sehingga serius bermula 2022.
Model yang diguna pakai tadika itu bukanlah model yang baharu. Mayflower merupakan sekolah rendah yang ditetapkan bagi murid yang mengalami masalah pendengaran sejak 2018. Mereka ikuti kelas bersama rakan sedarjah yang boleh mendengar, dibantu oleh guru khas yang boleh menggunakan Bahasa Isyarat Singapura untuk berkomunikasi dengan mereka tentang pelajaran.
Ketua pusat Melina Chen mendapat bimbingan melalui beberapa lawatan oleh wakil MOE,
Meskipun demikian, tiada seorang dalam pasukannya yang mahir dalam bahasa isyarat, atau bagaimana untuk berinteraksi bersama kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran, apatah lagi untuk mengajar mereka.
Bersama dengan gurunya, mereka mula menyelidik cara untuk menarik perhatian kanak-kanak, mendapatkan mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti, dan juga susunan tempat duduk terbaik di dalam bilik darjah.
Perubahan kepada ruang di dalam bilik darjah dan bahan pelajaran dijalankan. Huruf abjad dan gambar di sudut bilik darjah ditambah dengan gambar bahasa isyarat.

MEMULAKAN K1 TANPA SEBARANG KEMAHIRAN BAHASA
Salah satu pelajar yang menyertai peringkat K1 adalah Azza, yang sebelum itu berada di pusat intervensi awal. Dia berasa teruja untuk menyertai sekolah baharu dan sudah berlatih menggunakan bahasa isyarat.
Azza, yang berusia 6 tahun ketika itu, mempunyai permulaan awal berbanding tiga kanak-kanak lain yang mempunyai masalah pendengaran. Dia merupakan satu-satunya pelajar yang mengetahui beberapa bahasa isyarat asas, yang dipelajari dari dua kakaknya yang juga mempunyai masalah pendengaran. Ibu mereka juga mempelajari bahasa isyarat melalui video di YouTube.

Oleh itu, murid-murid mungkin memulakan tadika dengan "tiada atau sedikit kemahiran dalam bahasa". Cik Pung memetik "perbezaan besar" dalam keupayaan bahasa antara pelajar yang boleh mendengar dan rakan sekelas yang mempunyai masalah pendengaran ketika mereka memulakan K1.
Kanak-kanak dengan masalah pendengaran juga ketinggalan dalam pembelajaran secara tidak sengaja, tambahnya. "Anda belajar banyak perkara daripada mendengar perbualan orang lain. Namun kanak-kanak tersebut tidak boleh melakukan sedemikian."
PELIBATAN DAN KEMAJUAN
Di Tadika MOE @Mayflower, setiap kelas diajar secara serentak, oleh seorang guru yang bercakap dan seorang guru yang menggunakan bahasa isyarat.
Ia dilakukan sedemikian supaya kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran boleh belajar bersama pelajar lain.
Cik Pung juga berkhidmat sebagai jurubahasa bagi mereka, supaya mereka boleh mengambil bahagian dalam aktiviti kelas sepenuhnya, seperti contoh, menjawab soalan atau menyanyi lagu.
Dia berkata, setiap lagu akan dinyanyikan dua kali: pertama dalam bahasa isyarat dan satu lagi dengan aksi. Ia juga bermakna semua kanak-kanak di dalam kelas akhirnya menguasai bahasa isyarat, hanya melalui pendedahan.
Apabila mereka ke kelas bahasa ibunda, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran akan mempelajari Bahasa Isyarat Singapura di sebuah bilik berasingan.

"Mengajar mereka bahasa isyarat memberi mereka bahasa pertama untuk menyampaikan apa yang mereka inginkan," katanya.
"Apabila asas dibina, kami perlu terus membina kosa kata mereka supaya kita boleh mengajar mereka ... konsep."
Ia mungkin memerlukan banyak usaha daripadanya, terutama ketika mengajar konsep yang lebih abstrak seperti kebaikan. Lakonan membantu dalam keadaan seperti; sebagai contoh, dia boleh meminta seorang kanak-kanak meniru aksi terjatuh, dan bertanya kepada pelajar lain apa yang boleh mereka lakukan untuk membantu rakan mereka.
Semakin hari, dia melihat peningkatan serta peningkatan pada keyakinan para murid.
Cik Pung menarik perhatian kepada Thea secara khususnya, yang menyertai kelas tersebut beberapa bulan lewat.
Hari ini, Thea boleh meluahkan pendapatnya, bertengkar dan berbincang bersama rakan-rakannya, kata Cik Pung sambil ketawa. "Kami selalu berkata bahawa pertengkaran adalah perkara yang baik kerana anda mempunyai asas bahasa untuk melakukannya."

“Dia boleh memberitahu saya apa yang berlaku di sekolah dan ingin mengajar bahasa isyarat kepada anak kawan saya, yang membuatkan anak kawan saya ingin belajar bahasa isyarat," kata ibunya, Cik Norasyikin.

MEMBUAT KAWAN
Para murid yang boleh mendengar juga meraih manfaat.
“Ada antara mereka yang akan … bertanya kepada saya tentang tanda-tanda tertentu supaya mereka boleh, sebagai contoh, memberi isyarat kepada rakan mereka bahawa mereka ingin membina istana,” kata Cik Pung.
"Mereka secara perlahan mengetahui bahawa 'apabila saya memberi isyarat, rakan saya memahami saya, jadi saya terus menggunakan tanda tersebut."
Ketika mereka memasuki peringkat K2, semuanya menjadi satu kebiasaan kepada mereka. Perbualan antara pelajar berbeza daya pendengaran menjadi perkara biasa sedang mereka menjalankan pelbagai aktiviti, dan juga bertengkar disebabkan krayon.
Pelawat yang mengunjungi kelas tersebut juga menzahirkan rasa kagum terhadap bagaimana pelajar berinteraksi secara semula jadi antara satu-sama lain.
"Mereka akan mengatakan perkara seperti 'Wow, saya tidak boleh membezakannya," kata Cik Pung.
Beliau percaya bahawa pemerhatian tersebut berpunca daripada kekurangan kesedaran dan pendedah kepada orang yang mempunyai masalah pendengaran.
TIDAK LAGI HANYA BERKATA 'BAGUS'
Guru-guru tadika tersebut juga menimba pengalaman sejak dua tahun lalu.
Ketika kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran pendengaran memulakan peringkat K1, Cik Chen berkelakuan "sangat pendiam" dan teragak-agak untuk menggunakan tanda isyarat mudah yang dipelajarinya.
"Semuanya hanya 'bagus, bagus, bagus'," katanya sambil menunjukkan tanda jempol.
Selepas beberapa minggu, Cik Chen sedar bahawa jika beliau melakukan lebih banyak tanda isyarat kepada pelajar, keyakinan mereka juga akan meningkat. "Kanak-kanak akan rasa gembira kerana saya menggunakan bahasa mereka," tambahnya.
Pada pertengahan 2022, Cik Chen dan beberapa guru mengikuti kursus Bahasa Isyarat Singapura yang dikendalikan oleh Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf).
Kursus tersebut mengambil masa 24 jam, yang akan membina kosa kata serta keyakinan mereka.
Ia dilaksanakan mengikut masa lapang mereka sendiri, yang diadakan pada malam minggu atau hujung minggu.
Sejak itu, semua guru tadika sudah selesai mengikuti kursus tersebut, dan ramai daripada mereka memilih untuk meneruskan ke peringkat kursus seterusnya. Cik Chen sendiri sudah menyelesaikan kursus tahap ketiga.
Centre head Melina Chen sitting with Thea and Azza at lunchtime

Persoalannya sekarang adalah, apakah tahap persediaan para pelajar untuk melangkah ke sekolah
rendah?
Untuk membantu mereka peralihan tersebut, tadika itu mengatur lawatan ke Sekolah Rendah Mayflower, di mana mereka ditemani seorang pelajar sekolah rendah dan berpeluang untuk berada di dalam bilik darjah.

Bagi kebanyakan pelajar, peristiwa paling menarik pada hari tersebut adalah lawatan ke kantin dan membeli makanan dengan bantuan daripada rakan yang menemani mereka.
Bagi Cik Pung, ia jelas bahawa kumpulan pertama kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran yang lulus daripada tadika itu penuh dengan keyakinan.
Mereka juga bersedia untuk peringkat kehidupan seterusnya, iaitu di Sekolah Rendah Mayflower, di mana mereka boleh mendapat manfaat daripada model pengajaran yang sama seperti di tadika.

Kementerian itu menambah bahawa kanak-kanak dengan masalah pendengaran tahap sederhana akan dibantu di MK lain dengan teknologi bantuan seperti alat pendengaran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.