Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 juta duit syiling peringatan Lee Kuan Yew dihasilkan; boleh didapatkan mulai 4 Sep

Anggaran Waktu Membaca:
4 juta duit syiling peringatan Lee Kuan Yew dihasilkan; boleh didapatkan mulai 4 Sep

Gambar: Penguasa Kewangan Singapura

SINGAPURA: Sebanyak empat juta duit syiling peringatan S$10 bagi menandakan ulang tahun ke-100 kelahiran Perdana Menteri pengasas Singapura Lee Kuan Yew, sudahpun dihasilkan.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Isnin (21 Ogos) menyatakan, jumlah tersebut akan memenuhi permintaan lebih 700,000 permohonan bagi 3.3 juta duit syiling dalam permohonan online sebelum ini.

Baki syiling tersebut akan kemudian disediakan untuk pertukaran umum.

Semua pemohon yang berjaya akan diperuntukkan jumlah penuh syiling LKY100 yang diminta.

Syiling LKY100 berwarna emas, yang didedahkan pada Mei lalu, diperbuat dari gangsa aluminium dan mempunyai garis pusat selebar 30 milimeter, menjadikannya kira-kira 22 peratus lebih besar daripada syiling Siri Ketiga S$1 yang sedang diedarkan sekarang ini.

"Syiling tersebut memberi penghormatan kepada visi strategik, keberanian dan semangat jitunya dalam mengubah Singapura dari sebuah pelabuhan perdagangan serantau kepada sebuah hab pengilangan, perniagaan dan kewangan global, mewujudkan peluang bagi semua rakyat Singapura," kata MAS pada Mei lalu.
Gambar: Penguasa Kewangan Singapura


Mulai 21 Ogos hingga 30 September, pemohon yang berjaya akan menerima kiriman SMS daripada MAS.

Mereka diberi masa dua minggu dari 4 September hingga 26 November, dan cawangan bank yang ditetapkan untuk mengambil duit syiling tersebut.

Mereka yang tidak dapat mengambilnya semasa tempoh yang diperuntukkan, juga boleh berbuat demikian di bank yang ditetapkan dari 27 November hingga 3 Disember.

Anda perlu menunjukkan pemberitahuan SMS oleh MAS dan kad pengenalan NRIC atau sijil kelahiran anda semasa mengambil duit syiling tersebut.

Bayaran bagi syiling S$10 itu boleh dibuat di cawangan bank yang ditetapkan semasa mengambilnya.

Pemohon yang berjaya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pengambilan syiling LKY100 menerusi laman ini.


Semua duit syiling yang tidak diambil akan ditawarkan kepada orang awam, termasuk bukan warga Singapura, di cawangan-cawangan bank terpilih mulai 4 Disember.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan