Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 individu akan didakwa atas perhimpunan besar malam Tahun Baru di Clarke Quay

Empat individu akan didakwa kerana dipercayai melanggar "beberapa" langkah pengurusan selamat COVID-19 selepas ramai orang berkumpul di Clarke Quay pada malam Tahun Baru, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
4 individu akan didakwa atas perhimpunan besar malam Tahun Baru di Clarke Quay

(Petikan skrin: Tiktok/shihanahnafshoeb/imnosimpp)

SINGAPURA: Empat individu akan didakwa kerana dipercayai melanggar "beberapa" langkah pengurusan selamat COVID-19 selepas ramai orang berkumpul di Clarke Quay pada malam Tahun Baru, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (24 Jan).

Kesemua empat individu berusia antara 19 dengan 22 tahun.

Lagi empat individu didenda S$1,000 setiap seorang kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat, menurut URA dalam kenyataannya.

Rakaman video yang tular di media sosial pada awal bulan ini menunjukkan ramai orang berkumpul di hadapan Riverside Point di kawasan Clarke Quay untuk menyambut ketibaan tahun baru pada 31 Disember.

Pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19 menyifatkan perhimpunan beramai-ramai itu sebagai "satu acara yang berpotensi merebakkan penularan COVID-19 secara meluas".

"Siasatan lanjut terhadap individu-individu yang lain masih dijalankan, dan tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mereka jika didapati melanggar sebarang (langkah pengurusan selamat), yang dikuatkuasakan untuk melindungi orang awam," menurut URA.

Ia juga menambah bahawa agensi-agensi penguatkuasaan akan "mempertingkatkan" penguatkuasaan langkah-langkah pengurusan selamat di merata Singapura menjelang Tahun Baru Cina.

"Pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap individu dan premis makanan dan minuman (F&B) yang tidak mematuhi peraturan," menurut URA.

Ia turut menggesa orang awam supaya mengamalkan tanggungjawab sosial dan mematuhi langkah-langkah sedia ada seperti pemakaian pelitup dengan betul, menjaga jarak selamat 1 meter antara satu sama lain dan kekal dalam kumpulan lima individu atau kurang dari itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan