4 'hotel serangga' dibina di Mandai bagi perkukuh koridor ekologi SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Di tengah-tengah perayaan hujung tahun, empat 'hotel' baharu telah dibina di daerah Mandai dan kini dibuka kepada orang ramai.
Para pengunjung tidak perlu membayar satu sen pun untuk 'menginap' di rumah persinggahan baharu yang megah, di mana tiada masa daftar masuk atau daftar keluar dikenakan dan mereka bebas untuk datang dan pergi sesuka hati.
'Hotel' yang dimaksudkan itu adalah untuk serangga.
Antara 'pelanggannya' seperti lebah, tebuan dan rama-rama.
Jangan pula anda keliru dengan Mandai Rainforest Resort, yang sememangnya disediakan untuk tetamu manusia dan akan dibuka pada April tahun ini.
Projek 'hotel serangga' itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Mandai Wildlife Group untuk membina koridor ekologi di sekitar kawasan tersebut, jelas Encik Tan Shi Cong, pengurus jabatan hortikultur kumpulan itu.
Usaha lain untuk menyediakan laluan selamat untuk pergerakan hidupan liar termasuk Jambatan Hidupan Liar Mandai, bagi meraikan ulang tahun kelimanya pada tahun lalu.
Daerah Mandai telah menyaksikan pembangunan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada rancangan ke arah membangunkan destinasi hidupan liar dan alam semula jadi yang unik. Ia termasuk Taman Haiwan Singapura, Night Safari dan River Wonders.
MEREKA SEBUAH HOTEL
Empat hotel serangga itu terletak di sekitar Mandai Wildlife West, ruang awam yang berfungsi sebagai pintu masuk ke Bird Paradise, yang dibuka pada Mei 2023 dan menggantikan Taman Burung Jurong, dan Rainforest Wild Asia, yang akan dibuka pada Mac tahun ini.
Hotel serangga diperbuat daripada kayu keras, dengan varnis berasaskan air digunakan, kerana serangga sensitif kepada bau dan pilihan berasaskan air kurang berbau, jelas Encik Tan.
Potongan batang buluh dan dahan yang dipotong berlubang diletakkan di setiap hotel. Setiap unit juga dilengkapi dengan petak laci dengan gril, di mana kulit pokok dan jerami diletakkan untuk mewujudkan persekitaran yang kering bagi rama-rama dan kumbang kura-kura (ladybug).
"Semua bahan ini adalah dari taman kami, terutamanya dari Bird Paradise," kata Encik Tan.
Ini bermakna sumber bahan bersarang, yang perlu diganti sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mengelakkan pembentukan kulat dan kulapuk, bersifat lebih mampan.
Pasukan Encik Tan merancang untuk mengembangkan projek itu dengan memasang lebih banyak unit dalam Bird Paradise.
Kejayaan projek itu akan berdasarkan kepada berapa banyak serangga bersarang dan bertelur di sana, kata Encik Tan.
Pasukannya meninjau tumbuh-tumbuhan dan serangga di kawasan itu sekurang-kurangnya sekali seminggu, katanya lagi.
Encik Tan berkongsi bahawa keseluruhan proses mereka dan membina hotel serangga mengambil masa kira-kira lima bulan selepas menjalankan penyelidikan ke atas pelaksanaan sebenar.
Walaupun pembinaan dan pemasangan fizikal hanya mengambil masa kira-kira tiga jam, kebanyakan masa diluangkan untuk meneliti projek itu. Pasukan itu merujuk kajian kes, seperti percubaan Lembaga Taman Negara (NParks) di hab sumber berkebunnya, HortPark.
"Idea hotel serangga ini pada asalnya tercetus dari negara Barat, di mana mereka mencadangkan dan membiarkan hotel tersebut menghadap cahaya matahari, kerana ini membantu lebah dan tebuan memanaskan sayap mereka pada waktu pagi," kata Encik Tan.
“Tetapi NParks mendapati bahawa cuaca kita sebenarnya tidak perlu membiarkan serangga sedemikian terus menghadap cahaya matahari. Sedikit sahaja sudah mencukupi kerana cuaca kita agak panas.”

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.