Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 didakwa kerana perhimpunan haram, laung slogan kumpulan gengster

Empat lelaki berusia antara 32 hingga 45 tahun, akan didakwa di mahkamah esok (28 Mei) selepas dipercayai terlibat dalam perhimpunan haram anggota-anggota kumpulan samseng semasa satu upacara pengebumian.

Anggaran Waktu Membaca:
4 didakwa kerana perhimpunan haram, laung slogan kumpulan gengster

Gambar fail gari tangan. (Gambar: Michelle Shephard/AFP)

SINGAPURA: Empat lelaki berusia antara 32 hingga 45 tahun, akan didakwa di mahkamah esok (28 Mei) selepas dipercayai terlibat dalam perhimpunan haram anggota-anggota kumpulan samseng semasa satu upacara pengebumian.

Ini didedahkan Pasukan Polis Singapura dalam kenyataannya hari ini (27 Mei).

Insiden berlaku ketika upacara sedang dijalankan di Blok 483 Choa Chu Kang Avenue 5 pada 4 Jun 2017. Empat lelaki berkenaan juga dipercayai melaung-laungkan slogan berkaitan kumpulan kongsi gelap tersebut di tempat pembakaran mayat di Mandai selepas itu.

Mereka akan didakwa di bawah Akta Jenayah Tersusun. Jika sabit kesalahan sebagai seorang anggota kumpulan kongsi gelap, masing-masing boleh dikenakan denda sebanyak S$5,000 dan/atau dipenjara sehingga tiga tahun.

"Polis mengambil pandangan sangat tegas terhadap kegiatan-kegiatan berkaitan kumpulan sedemikian dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang memilih untuk mempunyai hubungan dengan kumpulan samseng ataupun secara terang-terangan tidak mempedulikan undang-undang," menurut SPF dalam kenyataannya itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan