Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 didakwa atas aduan polis pada 2017 oleh SportSG berkait salah guna dana di Tiong Bahru FC

Anggaran Waktu Membaca:
4 didakwa atas aduan polis pada 2017 oleh SportSG berkait salah guna dana di Tiong Bahru FC

(Gambar: Facebook/Tiong Bahru Football Club)

SINGAPURA: Empat individu didakwa pada Selasa (21 Feb) berkenaan aduan polis yang dikemukakan oleh Majlis Sukan Singapura atau SportSG pada 2017.

Dakwaan tersebut melibatkan salah guna dana oleh Kelab Bola Sepak Tiong Bahru dan percubaan menghalang audit kelab-kelab yang tidak menyertai Liga-S pada tahun itu.

Ini berlaku selepas Jabatan Ehwal Komersial (CAD) menyelesaikan siasatannya, menurut polis dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (21 Feb).

Empat individu tersebut, berusia antara 33 dengan 50 tahun, didakwa atas kesalahan berkait memalsukan penyata kewangan dua kelab bola sepak dan menghalang siasatan polis.

Kaw Lai Fong, pengerus Kelab Bola Sepak Tiong Bahru dan bendahari Kelab Bola Sepak Woodlands Wellington ketika itu, didakwa menghalang siasatan dengan menyembunyikan telefon bimbitnya daripada CAD dan menipu tentang keberadaannya.

Bekas pengerusi Kelab Bola Sepak Woodlands Wellington Gary Tan Eng Chin ketika itu juga didakwa, bersama direktor ESW Holdings Sng Kian Peng. Kedua-dua individu itu dituduh berkomplot menghalang siasatan CAD.

Mereka mengarahkan kakitangan mereka untuk menggantikan cakera keras di dalam komputer supaya pihak CAD tidak mempunyai akses kepada cakera keras tersebut.

Lau Chee Yong, audit kanan dari syarikat Chang Leng Leng & Co, didakwa memalsukan penyata kewangan kelab bola sepak Woodlands Wellington dan Hougang United bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015.

Lau, yang melakukan audit penyata kewangan kedua-dua kelab itu, menyalahgunakan tanda tangan satu-satunya pemilik syarikat tersebut, Chan Leng Leng, di dalam laporan juruaudit bebas bagi penyata kewangan.

Police menambah bahawa tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap individu-individu lain yang terlibat dalam perkara lain seperti yang disebut dalam laporan polis.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan