Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 diberkas guna butiran kad kredit curian untuk tempah teksi, beli barang pasar raya

Empat orang berusia antara 28 hingga 45 tahun diberkas berhubung satu siri urus niaga online tanpa kebenaran menggunakan maklumat kad kredit yang dicuri, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Selasa (5 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
4 diberkas guna butiran kad kredit curian untuk tempah teksi, beli barang pasar raya

Polis merampas barang-barang dibeli menggunakan maklumat kad kredit yang dicuri. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 06 May 2020 09:01AM Dikemas Kini : 06 May 2020 09:02AM

SINGAPURA: Empat orang berusia antara 28 hingga 45 tahun diberkas berhubung satu siri urus niaga online tanpa kebenaran menggunakan maklumat kad kredit yang dicuri, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Selasa (5 Mei).

Para pegawai daripada Jabatan Ehwal Komersil (CAD) memulakan siasatan selepas pihak berkuasa menerima satu aduan urus niaga tanpa kebenaran yang dibuat menggunakan aplikasi telefon bimbit bagi tempahan teksi pada 17 April.

Dua daripada suspek-suspek itu, kedua-duanya lelaki, dipercayai melakukan urus niaga tanpa kebenaran berjumlah sehingga lebih S$1,500 melalui aplikasi tempahan teksi. Lagi dua suspek, kedua-duanya wanita, dipercayai menaiki teksi yang ditempah menggunakan urus niaga tersebut, menurut polis.

Kedua-dua lelaki itu juga dituduh berbelanja lebih S$22,000 menggunakan aplikasi sebuah pasar raya setempat antara Mac hingga April.

Polis menyatakan ia merampas kusyen urut, tepung susu, "pakaian peribadi", beberapa peralatan elektrik, telefon-telefon bimbit, kad SIM prabayar dan aksesori komputer.

Kedua-dua lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Rabu bagi akses tanpa kebenaran pada bahan komputer. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga S$5,000, dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Siasatan sedang dijalankan terhadap kedua-dua suspek wanita itu.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan