Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 diberkas disyaki terlibat dalam penipuan skim SIRS yang dilancar MOM

Empat orang diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu penipuan melibatkan skim geran yang dilancarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM). 

Anggaran Waktu Membaca:
4 diberkas disyaki terlibat dalam penipuan skim SIRS yang dilancar MOM

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 08 Aug 2020 08:03PM Dikemas Kini : 08 Aug 2020 08:07PM

SINGAPURA: Empat orang diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu penipuan melibatkan skim geran yang dilancarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Kes tersebut melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki, semuanya rakyat Singapura.

Mereka disyaki membuat permohonan palsu di bawah Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (SIRS).

Mereka disyaki memalsukan dokumen-dokumen sokongan dan membuat permohonan untuk orang lain.

SIRS dilancarkan Mac lalu bagi membantu rakyat Singapura yang bekerja sendiri mengharungi pandemik COVID-19.

Siasatan atas kesalahan menipu dan memalsukan dokumen sedang dijalankan.

Jika didapati bersalah, setiap kesalahan membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda.

Pihak polis menasihati orang awam supaya mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya apabila membuat permohonan untuk geran Pemerintah.

Ini agar mereka dapat mengelakkan daripada terlibat dalam skim palsu atau tanpa sengaja bersubahat dengan para penipu. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan