4 diberkas, 1.25 kg dadah heroin dirampas
Empat orang diberkas disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah.
SINGAPURA: Empat orang diberkas disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah.
Ia hasil operasi Biro Narkotik Pusat (CNB) di sekitar Kampong Arang Road dekat Tanjung Rhu semalam (19 Jul).
Sekitar 1.25 kilogram dadah heroin dan lebih 130 gram ‘Ice’, dianggarkan bernilai lebih S$100,000 dirampas.
CNB menyatakan heroin seberat yang dirampas itu dapat memenuhi ketagihan hampir 600 penagih selama seminggu.
Daripada empat orang yang ditangkap, dua merupakan lelaki rakyat Singapura berusia 67 dan 58 tahun.
Dua lagi adalah rakyat Malaysia, seorang lelaki 30 tahun dan seorang wanita 26 tahun.
Siasatan masih diteruskan
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.