4 cedera selepas panel kaca jatuh di pusat beli-belah The Star Vista
Empat individu dibawa ke hospital selepas sebuah panel kaca jatuh dari salah satu aras di pusat beli-belah The Star Vista pada pagi Ahad (20 Apr).

Pusat beli belah The Star Vista. (Gambar fail: Facebook/The Star Vista)
Pusat beli-belah itu terletak berhampiran stesen MRT Buona Vista dan dimiliki Gereja New Creation, yang turut mengadakan khidmat mingguan di bangunan tersebut.
Seorang kakitangan The Star Vista memberitahu Mediacorp bahawa panel kaca itu jatuh dari kawasan antara aras dua dan tiga pusat beli-belah tersebut.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memaklumkan bahawa ia menerima panggilan meminta bantuan sekitar pukul 11.30 pagi. Enam individu diperiksa bagi sebarang kecederaan di tempat kejadian. Empat daripada mereka dihantar ke hospital manakala dua yang lain menolak untuk berbuat demikian.
Mediacorp telah menghubungi pihak The Star Vista untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.