4 cedera dalam kemalangan 7 kenderaan di BKE - kemalangan berangkai ke-2 di S'pura hari ini
Empat orang dikejarkan ke hospital setelah beberapa kenderaan dan motosikal bertembung di Ekpreswe Bukit Timah (BKE) petang tadi (22 Dis).

Beberapa motosikal berlanggar di Ekspreswe Bukit Timah (Dec 22). (Gambar: Telegram/ SGRoad Blocks & Traffic Watch)
SINGAPURA: Empat orang dikejarkan ke hospital setelah beberapa kenderaan dan motosikal bertembung di Ekpreswe Bukit Timah (BKE) petang tadi (22 Dis).
Mediacorp difahamkan sebuah treler, sebuah kereta dan lima motosikal terlibat dalam satu kemalangan.
Sekitar empat jam sebelum itu, lapan buah kereta terlibat dalam kemalangan berangkai di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).
MANGSA RETAK TULANG RUSUK
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kemalangan yang berlaku berdekatan jalan susur keluar Ekspreswe Seletar pada pukul 3.58 petang.
Seorang lelaki dalam lingkungan usia 50-an mengalami keretakan pada tulang rusuknya, manakala lagi tiga orang cedera ringan.
Semua empat orang dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat, tambah SCDF.
Dalam satu kemalangan berasingan melibatkan sebuah motosikal di BKE dua jam kemudian, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an mengalami beberapa keretakan tulang, manakala seorang lagi lelaki dalam lingkungan usia 40an cedera pada bahagian kepala.
Menurut SCDF ia menerima panggilan telefon pada pukul 5.20 petang mengenai kemalangan di BKE menghala ke Woodlands, sebelum jalan susur keluar Avenue 3.
Kedua-dua lelaki berada dalam keadaan pening-pening namun dalam keadaan sedar, ketika dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat, menurut SCDF.
Awal daripada itu, lima orang cedera setelah lapan kereta, termasuk sebuah teksi CityCab, terlibat dalam satu kemalangan berantai di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) sekitar 12.10 tengah hari tadi.
Menurut catatan di laman Twitter Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), kemalangan itu menyebabkan kesesakan sehingga jalan susur keluar Lornie Road.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.