4 AP WP ini dilantik anggotai CEC
Parti Pekerja (WP) menyatakan pada Ahad (27 Dis) bahawa ia sudah melantik beberapa Anggota Parlimen GRC Sengkang untuk menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti pembangkang itu.
SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) menyatakan pada Ahad (27 Dis) bahawa ia sudah melantik beberapa Anggota Parlimen GRC Sengkang untuk menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti pembangkang itu.
Mereka adalah Cik He Ting Ru, Dr Jamus Lim, Cik Raeesah Khan dan Encik Louis Chua Kheng Wee.
Turut dilantik untuk menganggotai CEC ialah Cik Nicole Seah dan Encik Kenneth Foo, yang merupakan sebahagian daripada pasukan WP yang tewas di tangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC East Coast dalam Pilihan Raya Umum (GE2020) tahun ini.
Ini adalah pelantikan terbaru pada pucuk kepimpinan parti pembangkang itu, sedang ia berusaha untuk memperbaharui parti selepas setiausaha agung parti tersebut Encik Low Thia Khiang melepaskan jawatannya kepada Ketua Pembangkang Pritam Singh.
Cik Sylvia Lim dikekalkan sebagai pengerusi WP, manakala Encik Singh dilantik semula sebagai setiausaha agung.
Mantan ketua WP Low Thia Khiang dilantik semula sebagai anggota CEC, manakala mantan AP Chen Show Mao mengundurkan diri.
Dr Daniel Goh, yang berkata pada April bahawa beliau akan melepaskan jawatan atas sebab kesihatan, juga tidak disertakan dalam senarai anggota CEC.
WP kini mempunyai 10 AP dalam Parlimen, berbanding enam sebelum ini, setelah memenangi GRC kedua - Sengkang - dalam Pilihan Raya Umum pada Julai lalu.
Pemegang jawatan WP bagi 2020-2022 adalah seperti berikut:
Pengerusi: Cik Sylvia Lim
Setiausaha Agung: Encik Pritam Singh
Anggota:
Encik Louis Chua Kheng Wee
Encik Kenneth Foo Seck Guan
Encik Gerald Giam
Encik He Ting Ru
Cik Raeesah Khan
Dr Jamus Lim
Encik Low Thia Khiang
Encik Muhamad Faisal Abdul Manap
Encik Leon Perera
Encik Png Eng Huat
Cik Nicole Seah
Encik Dennis Tan Lip Fong
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.