4 anak kapal hilang susuli kebakaran atas kapal berdaftar SG di perairan India
Anggaran Waktu Membaca:

Kebakaran di atas kapal kontena berdaftar SG Wan Hai 503.(Gambar: Facebook/Indian Coast Guard)
SINGAPURA: Empat anak kapal hilang selepas kebakaran berlaku di atas kapal yang berdaftar di Singapura pada Isnin (9 Jun).
Kebakaran berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika kapal kontena, Wan Hai 503, berada kira-kira 80km barat daya Azhikkal, Kerala, India, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).
"Terdapat 22 anak kapal di dalam kapal. Lapan belas anak kapal sudah dikenal pasti dan sedang dipindahkan dari bot penyelamat ke kapal yang lalu," menurut MPA.
"Beberapa kecederaan dilaporkan dalam kalangan mereka."
Tiada warga Singapura di atas kapal itu, tambahnya.
MPA menyatakan pihak berkuasa India sudah dimaklumkan, dan pengawal pantai serta tentera laut negara itu sedang memberikan bantuan kepada anak kapal dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat bagi mereka yang hilang.
Kapal kontena itu diuruskan oleh Wan Hai Lines (Singapore).
MPA menyatakan pihaknya sedang berhubung rapat dengan syarikat pengurusan kapal untuk memberikan sokongan dan sedang memantau situasi dengan teliti.
"MPA akan menyiasat insiden tersebut," tambahnya.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.