Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4,500 peluang kerja, kemahiran dijana bagi sektor khidmat sosial dan awal kanak-kanak

Sekitar 4,500 peluang pekerjaan dan kemahiran dalam sektor perkhidmatan sosial dan pembangunan awal kanak-kanak akan ditawarkan tahun ini. Hampir suku daripada peluang itu adalah untuk golongan kurang upaya.

Anggaran Waktu Membaca:
4,500 peluang kerja, kemahiran dijana bagi sektor khidmat sosial dan awal kanak-kanak

Gambar fail seorang guru prasekolah (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Mar 2021 10:01PM Dikemas Kini : 05 Mar 2021 10:07PM

SINGAPURA: Sekitar 4,500 peluang pekerjaan dan kemahiran dalam sektor perkhidmatan sosial dan pembangunan awal kanak-kanak akan ditawarkan tahun ini, demikian diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli pada Jumaat (5 Mac) semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan MSF. Hampir suku daripada peluang itu adalah untuk golongan kurang upaya.

Peluang-peluang turut tersedia bagi graduan baru dan pencari kerja pertengahan kerjaya.

1,200 daripada 4,500 peluang tersebut, akan ditawarkan dalam sektor khidmat sosial. Ini termasuk jawatan seperti pengurus relawan dan peluang latihan sebagai eksekutif perkhidmatan korporat, penolong khidmat sosial dan eksekutif program.

Terdapat juga 1,100 peluang dalam MSF, Majlis Nasional bagi Khidmat Sosial dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA). Ini termasuk peluang pekerjaan jangka pendek dan peluang latihan khidmat sosial. Beberapa peluang pekerjaan jangka panjang termasuk jawatan pengurusan relawan dan pendampinganbagi Community Link.

Hampir 1,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan dalam sektor pembangunan awal kanak-kanak, termasuk pekerjaan jangka pendek sebagai penolong pengurusan selamat di prasekolah. Pekerjaan jangka panjang bagi pekerja pertengahan kerjaya pula termasuk pendidik awal kanak-kanak yang bertauliah melalui Program Penukaran Profesional atau Program Penempatan dan Latihan bagi Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Pencari kerja juga boleh memohon jawatan berkaitan KidSTART seperti pengunjung rumah dan eksekutif pengupaya kanak-kanak, sebagai sebahagian daripada pengembangan inisiatif tersebut.

Program KidSTART yang diterajui ECDA memberi sokongan kepada keluarga berpendapatan rendah sebelum kanak-kanak memasuki prasekolah.

MASYARAKAT INKLUSIF

Bagi golongan kurang upaya, MSF dan SG Enable menyasarkan untuk mewujudkan 1,200 peluang pekerjaan, tempat latihan dan peningkatan kemahiran.

Sebagai permulaan, tiga program baru akan menyokong 150 peluang. Tiga program itu adalah Program Penempatan dan Latihan, 'Place-and-Train' dan 'Attach-and-Train' dan Program Pembangunan Kemahiran.

Orang kurang upaya yang menyertai program ini akan menerima subsidi yuran kursus 90 peratus, yang akan menampung sokongan antara enam hingga 12 bulan.

Bagi membantu sektor khidmat sosial dan pembangunan awal kanak-kanak ke arah pendigitalan, MSF dan NCSS akan membangunkan Pelan Digital Perusahaan bagi kedua-dua sektor.

“Pelan itu akan menyediakan rangka kerja lebih berstruktur untuk membnatu prasekolah dan Agensi Khidmat Sosial untuk meningkatkan sumber dan proses perniagaan. Ini akan membantu membaiki kecekapan, menyokong karyawan dalam tugas mereka dan meningkatkan mutu khidmat,” kata Encik Masagos.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan