Skip to main content

Singapura

4,000 orang raih manfaat program tingkat kemahiran dalam waktu singkat

Hampir 4,000 karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) sudah meraih manfaat daripada program yang direka khusus untuk mereka yang tidak punya banyak masa untuk mengikuti latihan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Oct 2018 07:36PM Dikemas Kini : 04 Oct 2018 08:48PM

SINGAPURA: Hampir 4,000 karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) sudah meraih manfaat daripada program yang direka khusus untuk mereka yang tidak punya banyak masa untuk mengikuti latihan.

Ketua pergerakan buruh, Ng Chee Meng mendedahkan perkembangan itu hari ini (4 Okt).

'U Future Leaders Exchange', yang dilancarkan NTUC tahun lalu, membolehkan para karyawan belajar di mana sahaja menerusi sesi-sesi pembelajaran mikro termasuk lawatan ke makmal-makmal inovasi Microsoft dan Mastercard.

Encik Ng menambah, lebih 26,000 pekerja sudah menjalani program 'U Future Leaders' anjuran NTUC yang kini sudah memasuki tahun keenamnya.

NTUC menyatakan ia mahu mendekati lebih ramai pekerja bagi membantu mereka menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran akan datang.

Berucap kepada sekitar 1,500 peserta Sidang Kemuncak 'U Future Leaders' untuk golongan PME, Encik Ng turut menyeru para pekerja supaya proaktif dan bersikap tanggungjawab untuk kemajuan kerjaya mereka.

Sikap sedemikian, katanya, akan membolehkan mereka merebut peluang-peluang yang diwujudkan dalam revolusi perindustrian keempat atau 'Industry 4.0'.

Sumber : CNA/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita