38 Oxley Road kini milik pemerintah selepas diwartakan monumen negara
Anggaran Waktu Membaca:
38 Oxley Road, hartanah milik Perdana Menteri pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, 3 Nov 2025. (Gambar fail: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Pemerintah Singapura sudah menyelesaikan proses pemerolehan dan mengambil alih tapak di 38 Oxley Road, rumah kepada Perdana Menteri pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, menurut pengumuman pihak berkuasa pada Jumaat (31 Jul).
Pemerolehan itu dibuat selepas tapak itu diwartakan sebagai monumen negara pada 12 Disember 2025, serta warta pemerolehannya yang seterusnya pada 29 Januari 2026.
Lembaga Warisan Negara (NHB) akan menjalankan kajian terperinci mengenai tapak tersebut dan pilihan-pilihan bagi memajukannya sebagai ruang awam mengikut cara yang menghormati keinginan Encik Lee terhadap privasi.
Dalam pada itu, kerja-kerja penyenggaraan yang diperlukan akan dijalankan mengikut keperluan, dan tiada akses awam ke tapak berkenaan buat masa ini, menurut Lembaga Tanah Singapura (SLA) dan NHB dalam satu kenyataan bersama.
Tapak di 38 Oxley Road merupakan monumen negara Singapura yang ke-77.
Mendiang Encik Lee beberapa kali menyatakan secara terbuka hasratnya agar rumah itu dirobohkan selepas pemergiannya.
Nasib rumah tersebut kemudiannya menjadi punca perselisihan dalam kalangan anak-anak beliau - Encik Lee Hsien Loong, Dr Lee Wei Ling, dan Encik Lee Hsien Yang - menyusuli pemergian beliau pada tahun 2015.
Apabila isu tersebut mula menjadi perhatian umum, Perdana Menteri ketika itu, Lee Hsien Loong, membuat kenyataan menteri di parlimen pada tahun 2017.
Satu jawatankuasa menteri mengeluarkan laporan pada April 2018 dengan tiga cadangan - mengekalkan rumah tersebut secara keseluruhan; mengekalkan hanya bilik makan di ruang bawah tanah yang bersejarah; atau membenarkan ia dirobohkan.
Laporan itu tidak membuat sebarang cadangan muktamad dan mengambil maklum bahawa "tiada keperluan untuk membuat keputusan mengenai hartanah tersebut" pada ketika itu, memandangkan Dr Lee Wei Ling masih menetap di sana.
Selepas Dr Lee meninggal dunia pada Oktober 2024, Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA) menerima permohonan daripada Encik Lee Hsien Yang untuk merobohkan bangunan di 38 Oxley Road itu.
Pada bulan yang sama, NHB melancarkan penilaian rasmi ke atas tapak berkenaan bagi menentukan sama ada ia wajar dipelihara.
Dalam penilaiannya, Lembaga Penasihat Pemuliharaan Tapak dan Monumen menilai tapak itu mempunyai "kepentingan nasional yang kuat dan wajar dipelihara sebagai monumen negara", sambil menyifatkannya sebagai sebahagian asas kepada kemerdekaan Singapura yang "tidak diwakili oleh mana-mana tapak atau monumen lain".
Encik Lee Hsien Yang kemudian mengkritik pengumuman tersebut. Dalam catatan di Facebook pada 3 November 2025, beliau menulis bahawa pemerintah "mengenepikan hasrat tegas Lee Kuan Yew untuk merobohkan rumah peribadinya".
NHB menyemak semula surat bantahan beliau dan mengekalkan saranannya bahawa tapak tersebut wajar dipelihara sebagai monumen negara disebabkan oleh kepentingan sejarah dan kepentingan nasional.
Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia ketika itu, David Neo, berkata pada 6 November 2025 bahawa pemuliharaan tapak berkenaan bukannya untuk memperingati mana-mana pemimpin secara peribadi, sebaliknya untuk memelihara sejarah Singapura demi generasi akan datang.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.