Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

38 orang disiasat langgar peraturan COVID-19 di tempat hiburan awam haram; 4 remaja ditangkap

 Polis sedang menyiasat 38 orang berusia antara 14 dengan 39 tahun kerana didakwa gagal mematuhi langkah jarak selamat COVID-19 dalam dua insiden berasingan di cawangan-cawangan hiburan awam yang haram. 

Anggaran Waktu Membaca:
38 orang disiasat langgar peraturan COVID-19 di tempat hiburan awam haram; 4 remaja ditangkap

Bahagian dalam sebuah unit pejabat di Paya Lebar Road di mana polis menemui 29 orang yang didakwa meminum alkohol dan bersosial pada 22 Mei 20219. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 29 May 2021 06:10PM Dikemas Kini : 29 May 2021 06:11PM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat 38 orang berusia antara 14 dengan 39 tahun kerana didakwa gagal mematuhi langkah jarak selamat COVID-19 dalam dua insiden berasingan di cawangan-cawangan hiburan awam yang haram.

Insiden-insiden itu berlaku di sebuah unit perindustrian di Jalan Besar pada 16 Mei dan di sebuah unit pejabat di Paya Lebar Road pada 22 Mei, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), dalam satu kenyataan media pada Sabtu (29 Mei).

Hiburan awam dan minuman keras dipercayai disediakan di kedua-dua tempat tersebut tanpa lesen yang sah, menurut polis. Polis juga merampas peralatan karaoke di kedua-dua unit berkenaan.

Empat remaja, berusia antara 15 hingga 18 tahun, diberkas di unit Paya Lebar Road itu dan akan disiasat kerana disyaki terlibat dalam kesalahan dadah. Remaja berusia 15 tahun berkenaan juga dipercayai pengendali unit tersebut dan turut disiasat bagi kesalahan di bawah Akta Hiburan Awam dan Akta Kawalan Minuman Keras (Bekalan dan Pengambilan) 2015.

Polis menemui 29 orang, berusia antara 14 hingga 39 tahun, didakwa minum arak dan bergaul rapat dalam unit pejabat itu.

Dalam insiden di Jalan Besar, polis menemui sembilan orang, berusia antara 20 dengan 27 tahun, yang didakwa minum arak dan bergaul rapat dalam unit tersbeut.

Seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai pengendali unit tersebut akan disiasat bagi kesalahan di bawah Akta Hiburan Awam dan Akta Kawalan Minuman Keras (Bekalan dan Pengambilan) 2015.

“Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang berkelakuan tidak bertanggungjawab dan melanggar langkah-langkah jarak selamat.Pesalah akan ditangani mengikut undang-undang," menurut SPF.

Di bawah peraturan COVID-19, mereka yang gagal mematuhi langkah jarak selamat boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan menyediakan hiburan awam dan membekalkan minuman keras tanpa lesen yang sah masing-masing membawa denda sehingga S$20,000.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan