38 individu ditahan kerana disyaki serah akaun YouTrip kepada penipu
Anggaran Waktu Membaca:
Seramai 38 individu ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan keldai wang yang dikaitkan dengan akaun YouTrip. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Polis memberkas 38 individu yang disyaki menjadi keldai wang dalam sindiket penipuan dengan menjual atau menyewakan akaun YouTrip mereka untuk meraih keuntungan kewangan.
Penangkapan itu dibuat tidak lama selepas kes penipuan dilaporkan meningkat pada September dan Oktober, dengan mangsa melaporkan kehilangan wang melalui kod QR PayNow palsu yang dijana melalui YouTrip.
Siasatan awal mendapati para penipu menggunakan pelbagai taktik penipuan untuk mengarahkan mangsa membuat bayaran berulang melalui kod QR YouTrip, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (1 Nov).
Antara taktik penipu termasuk penipuan e-dagang, penyamaran sebagai rakan, penipuan pekerjaan, penyamaran sebagai pegawai pemerintah, penipuan pelaburan dan penipuan sewa, menurut polis lagi.
Suspek-suspek yang ditangkap dalam operasi selama empat hari antara 28 hingga 31 Oktober pula, berusia antara 15 dengan 52 tahun.
Mereka "diberkas kerana dipercayai menjual atau menyewakan akaun pembayaran masing-masing kepada sindiket jenayah bagi keuntungan kewangan.”
"Siasatan awal juga mendapati mereka telah menyerahkan kad pembayaran dan maklumat log masuk kepada sindiket penipuan untuk memudahkan pengeluaran wang."
Sembilan individu lain, berusia antara 16 dengan 55 tahun, turut disiasat, dedah SPF.
Siasatan mendapati seorang suspek wanita berusia 55 tahun merupakan mangsa penipuan cinta dalam talian. Dia membuka akaun YouTrip atas arahan penipu dan kehilangan kira-kira S$300,000.
BAGAIMANA AKAUN DIGUNAKAN
Menurut polis, penipu menjana kod QR PayNow melalui YouTrip dan menghantarnya kepada mangsa dengan alasan kononnya kod tersebut diperlukan untuk bayaran sah atau pengesahan akaun.
Apabila mangsa mengimbas kod tersebut menggunakan aplikasi perbankan internet dan mengesahkan urus niaga, wang mereka langsung dipindahkan ke dalam dompet YouTrip milik penipu.
YouTrip menjelaskan bahawa kod QR PayNow yang dijana melalui platformnya seharusnya digunakan untuk menambah nilai akaun YouTrip pengguna, dan bukan untuk pemindahan kepada pihak ketiga.
Siasatan polis menunjukkan bahawa dana dalam akaun YouTrip milik penipu kebanyakannya dikeluarkan dari ATM luar negara pada hari yang sama penipuan berlaku.
"Dalam beberapa kes, wang yang dicuri segera dipindahkan daripada akaun YouTrip melalui pemindahan online atau pembayaran digital, sehingga akaun tersebut kosong sepenuhnya."

Menurut SPF, mereka yang disyaki menjadi keldai wang dipercayai membalas mesej di Telegram yang menawarkan pembelian atau penyewaan akaun YouTrip dengan janji bayaran segera.
"Sejak September, polis telah menyekat 335 akaun Telegram yang mengiklankan perkhidmatan sebegini," tambah SPF.
Para suspek sedang disiasat atas kesalahan menipu, memudahkan akses tidak sah kepada bahan komputer dan pengubahan wang haram.
Jika sabit kesalahan menipu, mereka boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.
Sesiapa yang melakukan kesalahan memudahkan akses tidak sah kepada bahan komputer pula boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda, atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
Kesalahan pengubahan wang haram membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.