Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3,762 kes baru COVID-19 di S'pura; 2 kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 3,762‬ kes baru di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (17 Ogos).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 3,559 jangkitan tempatan dan 203‬ ‬kes import.

Dua kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 17 Ogos: 3,762
Kes baru tempatan: 3,559
Kes import: 203

Jumlah kes baru Protokol 2: 3,380

Ini terdiri daripada 3,207 kes tempatan dan 173 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 382‬ kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 352 adalah jangkitan tempatan, manakala 30 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,805,698

KEMATIAN

Kes kematian pada 17 Ogos: 2

Jumlah kematian sejauh ini: 1,567

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.84, naik berbanding 0.71 semalam (16 Ogos).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar kurang 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 479 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 524 yang dicatatkan semalam (16 Ogos).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 52

Dipantau rapi di ICU: 11

Seramai 3,173 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Selasa (16 Ogos), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan