375 pelanggan OCBC 'terkena bayaran bertindih' 2 kali potongan bagi transaksi AXS
Seramai 375 pelanggan OCBC Bank, yang membuat pembayaran melalui AXS pada minggu lalu, dikenakan dua kali potongan disebabkan oleh gangguan yang berlaku pada sistem bank tersebut.

SINGAPURA: Seramai 375 pelanggan OCBC Bank, yang membuat pembayaran melalui AXS pada minggu lalu, dikenakan dua kali potongan disebabkan oleh gangguan yang berlaku pada sistem bank tersebut.
AXS dimaklumkan tentang masalah itu apabila para pelanggan menghubunginya pada Sabtu, kata seorang jurucakap pada Rabu (30 Mac), dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp.
Jurucakap itu menerangkan bahawa apabila pengguna AXS membuat pembayaran dengan kad OCBC, mereka dibawa ke laman gerbang pembayaran bank tersebut untuk memasukkan butiran kad mereka.
Urus niaga selesai dijalankan di laman bank itu dan kemudian, "OCBC akan kembali ke (laman) AXS untuk menyatakan sama ada status urus niaga berjaya ataupun tidak", jelasnya.
"AXS tidak mencetuskan potongan bayaran dua kali itu."
Apabila dihubungi, OCBC menyatakan urus niaga yang dikenakan dua kali potongan itu berlaku pada Khamis lalu dan ia disebabkan oleh satu "masalah pemprosesan" di pihak vendor yang memproseskan pembayaran AXS menggunakan kad OCBC.
Semua urus niaga melibatkan bayaran bertindih itu sudahpun diperbetulkan menjelang Isnin.
"Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku pada para pelanggan kami yang terjejas," kata Ketua Kad Perniagaan OCBC Vincent Tan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.