Skip to main content

Singapura

37 projek terima Dana Eco SG berjumlah S$3.7 juta

Projek-projek untuk menubuhkan zon-zon kitar semula dan bengkel-bengkel cara menjadikan sisa makanan kepada kompos adalah antara 37 projek yang diberikan dana di bawah Dana Eco SG yang pertama.

Anggaran Waktu Membaca:
37 projek terima Dana Eco SG berjumlah S$3.7 juta

Sisa-sisa plastik. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 22 May 2021 04:16PM Dikemas Kini : 22 May 2021 04:47PM

SINGAPORE: Projek-projek untuk menubuhkan zon-zon kitar semula dan bengkel-bengkel cara menjadikan sisa makanan kepada kompos adalah antara 37 projek yang diberikan dana di bawah Dana Eco SG yang pertama.

Dilancarkan pada November 2020, Dana Eco SG yang bernilai S$50 juta akan menyokong "penubuhan bersama huraian-huraian bagi Singapura yang mampan," menurut Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam satu kenyataan media hari ini (22 Mei).

Projek-projek tersebut akan menerima dana sebanyak S$3.7 juta secara keseluruhan, dengan 25 projek bakal mendapat dana sehingga S$50,000 manakala baki 12 projek akan menerima dana antara $50,000 dengan S$700,000.

Siri permohonan pertama bagi dana itu dibuka dari 25 November 2020 hingga 31 Januari 2021 dengan lebih 200 pendaftaran diterima daripada individu-individu dan juga pertubuhan-pertubuhan.

"Projek-projek berkenaan dinilai antara lain, berdasarkan kesan kepada sekitaran, keterlibatan masyarakat dan pelan pelaksanaannya," menurut MSE.

Tambah MSE lagi, projek-projek itu menangani lingkungan isu sekitaran yang luas dari pengurusan sisa dan pengitaran semula hinggalah ke kebersihan awam dan huraian mengurangkan karbon.

Berikut senarai projek-projeknya:

Gambar: MSE

Dana Eco SG menyokong Pelan Singapura Menghijau 2030 iaitu hala tuju nasional untuk menganjakkan agenda kemampanan Singapura, menurut MSE.

"Membina Masyarakat Menghijau yang aktif di mana para individu, masyarakat dan peniaga giat memainkan peranan demi kemampanan adalah penggerak utama dalam pelaksanaan strategi yang berjaya dan mencapai sasaran kami di bawah Pelan Menghijau," menurut MSE.

Dana itu juga bertujuan memperkasa orang ramai supaya bertanggungjawab ke atas sekitaran mereka dan memainkan peranan mereka untuk memastikan Singapura kekal sebagai "tempat tinggal menghijau dan sesuai didiami" untuk generasi masa hadapan, tambah MSE.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dana Eco SG boleh melungsuri laman www.sgeco.gov.sg. Perincian lanjut tentang siri kedua permohonan bagi mendapatkan dana tersebut akan diumumkan nanti.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita