Skip to main content

Singapura

37 aduan dibuat terhadap MDS Collections, kebanyakan bagi tempahan tidak dipenuhi: Case

Sebanyak 37 aduan dibuat terhadap syarikat pakaian MDS Collections dari 1 Jun hingga 31 Dis tahun lalu, menurut Persatuan Pengguna Singapura (Case) pada Selasa (9 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
37 aduan dibuat terhadap MDS Collections, kebanyakan bagi tempahan tidak dipenuhi: Case

Gambar kedai MDS Collection.

Diterbitkan : 09 Feb 2021 10:22PM Dikemas Kini : 09 Feb 2021 10:23PM

SINGAPURA: Sebanyak 37 aduan dibuat terhadap syarikat pakaian MDS Collections dari 1 Jun hingga 31 Dis tahun lalu, menurut Persatuan Pengguna Singapura (Case) pada Selasa (9 Feb).

Kebanyakan aduan adalah berkenaan para pengguna yang tidak menerima tempahan atau menerima tempahan tidak lengkap pada tarikh penghantaran yang dijadualkan.

Sesetengahnya belum lagi menerima barangan yang ditempah meskipun selepas menunggu lebih daripada enam bulan, menurut badan pemantau pengguna itu dalam satu kenyataan.

Dalam kes-kes tertentu, para pengguna disuruh untuk mengambil tempahan mereka dari cawangan runcit MDS namun mendapati bahawa kedai-kedai itu tutup

Case menyatakan bahawa ia sudah mengeluarkan surat amaran kepada peruncit itu, sambil menambah ia "tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan Adil) (CPFTA), termasuk merujuk perkara itu kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura".

"Di bawah CPFTA, ia merupakan amalan tidak adil bagi pembekal untuk membuat tuntutan palsu bahawa barangan itu tersedia atau tersedia dalam jumlah tertentu jika pembekal itu tahu atau secara munasabah boleh dijangkakan untuk tahu bahawa ia bukanlah sedemikian."

Aduan-aduan lain mengenai peruncit itu melibatkan khidmat langganan bagi kedai online.

Para pengguna yang mendaftar bagi khidmat itu - sebahagiannya membayar sehingga S$99.90 sebulan bagi pelbagai tawaran - mengatakan mereka mendapati bahawa mereka dikenakan bayaran tidak sah dan dikenakan yuran bulanan meskipun selepas mereka membatalkan langganan, menurut Case.

Para pelanggan juga melaporkan tidak menerima bayaran pulang selepas berbulan-bulan, meskipun dasar pengembalian wang syarikat itu menyatakan bahawa waktu pemrosesan maksimum adalah 45 hari.

"MDS Collections gagal untuk menyelesaikan kebanyakan aduan yang diterima oleh Case sejauh ini, sementara masih meneruskan dengan penjualan online mereka," tambah Case.

Para pengguna yang mempunyai aduan yang belum lagi diselesaikan berkaitan MDS Collections boleh mendapatkan nasihat daripada Case.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita