Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

360 petak berkebun baru dibuka di 8 taman; permohonan dibuka pada 24 Sep

Mereka yang minat bercucuk tanam boleh memohon bagi salah satu daripada 360 petak berkebun baru yang diperuntukkan Lembaga Taman Negara (NParks) bagi memenuhi permintaan yang meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
360 petak berkebun baru dibuka di 8 taman; permohonan dibuka pada 24 Sep

(Gambar: Facebook/NParks)

Diterbitkan : 22 Sep 2021 04:14PM Dikemas Kini : 22 Sep 2021 04:16PM

SINGAPURA: Mereka yang minat bercucuk tanam boleh memohon bagi salah satu daripada 360 petak berkebun baru yang diperuntukkan Lembaga Taman Negara (NParks) bagi memenuhi permintaan yang meningkat.

Permohonan dibuka pada Jumaat (24 Sep).

Petak-petak berkebun yang baru itu terletak di lapan taman: Bedok Town Park, Choa Chu Kang Park, Pasir Ris Park, Sengkang Riverside Park, Yishun Park, Jurong Central Park, Kallang Riverside Park dan Tiong Bahru Park.

"Orang ramai digalakkan memohon bagi petak berkebun yang terletak paling dekat dengan tempat tinggal mereka," menurut NParks dalam satu kenyataan media pada Rabu (22 Sep).

Ini menjadikan lebih 2,000 petak berkebun kini terdapat di 23 taman dan kebun di Singapura, tambah NEA.

Skim peruntukan petak berkebun dilancarkan pada 2016 untuk menawarkan lebih banyak ruang bercucuk tanam berhampiran dengan estet-estet perumahan awam. Ia juga sebahagian daripada wawasan Singapura untuk menjadi "Bandar dalam Alam Semula Jadi", satu tunggak utama Pelan Hijau Singapura 2030, menurut NParks.

Bagi tawaran terbaru petak berkebun ini, setiap plot berukuran 2.5 meter kali 1 meter yang boleh disewa bagi tempoh sehingga tiga tahun dengan bayaran S$57 setiap tahun, tanpa GST.

Setiap keluarga boleh membuat taruhan bagi hanya satu petak berkebun pada satu-satu masa, dengan pemohon perlu berusia sekurang-kurangnya 18 tahun, menurut laman NParks.

Permohonan perlu dibuat online dan ia akan dibuka selama dua minggu dari pukul 10.00 pagi pada 24 September sehingga pukul 10.00 pagi, 6 Oktober.

Peruntukan bagi petak-petak berkebun itu dibuat melalui bidaan komputer, menurut NParks.

"Dalam wawasan kami untuk mengubah Singapura menjadi Bandar dalam Alam Semula Jadi, masyarakat bercucuk tanam memainkan peranan penting dalam pemilikan dan pengurusan alam sekitar," menurut agensi itu.

"Kami ingin menggalakkan lebih ramai orang bercucuk tanam sebagai wadah bagi penyertaan dan jalinan hubungan dalam masyarakat dan mendekatkan manusia dengan alam semula jadi demi kesihatan dan kesejahteraan mereka."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan