36 sijil ARS dibatalkan sejak 2017 kerana langgar etika dan isu doktrin: Masagos
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pentauliahan 36 asatizah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) telah dibatalkan sejak skim itu mula diwajibkan pada Januari 2017.
Perkara itu didedahkan oleh Menteri yang Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Anggota Parlimen GRC Aljunied, Muhamad Faisal Abdul Manap.
Encik Faisal bertanya mengenai jumlah permohonan di bawah ARS yang telah ditarik balik atau dibatalkan sejak skim itu diperkenalkan serta sebab-sebab pembatalannya.
Menurut Encik Masagos, pembatalan tersebut dibuat oleh Lembaga Pengiktirafan Asatizah berikutan pelanggaran Kod Etika ARS, termasuk salah laku etika dan isu berkaitan doktrin.
Sehingga Mei 2021, seramai 4,945 asatizah sudah diiktiraf di bawah ARS.
Encik Masagos juga ditanya tentang bilangan asatizah yang diiktiraf di bawah ARS mengikut mazhab Sunni dan Syiah.
Menjawab pertanyaan itu, Encik Masagos menjelaskan bahawa majoriti asatizah di bawah skim ARS merupakan Muslim Sunni.
Namun, terdapat juga asatizah daripada kalangan Muslim Syiah yang berkhidmat bagi memenuhi keperluan komuniti Syiah di negara ini.
Tiada angka khusus diberikan berhubung pecahan jumlah asatizah mengikut mazhab.
Menurut laman rasmi Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), skim ARS adalah bagi semua individu yang mengajar agama Islam di Singapura tanpa menetapkan kriteria berdasarkan mazhab.
PENDAPATAN & PERBELANJAAN WAREES HALAL DITENTUKAN OLEH LEMBAGA PENGARAH
Encik Faisal turut mengemukakan pertanyaan sama ada terdapat data mengenai pendapatan dan perbelanjaan tahunan Warees Halal Limited dari tahun 2020 hingga 2024.
Beliau juga ingin tahu bagaimana lebihan pendapatan syarikat itu digunakan, sama ada disimpan sebagai rizab, disalurkan ke Baitulmal atau digunakan bagi manfaat masyarakat.
Encik Masagos menjelaskan bahawa Warees Halal Limited merupakan sebuah Syarikat Berhad menurut Jaminan yang memainkan peranan dalam pengurusan halal di Singapura.
Segala lebihan pendapatan tahunan ditentukan penggunaannya oleh Lembaga Pengarah syarikat tersebut.
Menurut Encik Masagos, dana berkenaan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membiayai keperluan yang tidak dijangka, pelaburan semula dalam operasi syarikat serta sumbangan kepada inisiatif kebajikan dan amal.
Bagaimanapun, penggunaan dana tersebut harus selaras dengan objektif syarikat dan mematuhi syarat-syarat berkenaan.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.