36 pemandu disaman atas kesalahan termasuk guna lesen salah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 36 pemandu disaman atas pelanggaran seperti menggunakan lesen yang salah.
Antara mereka, rakyat asing yang walaupun sudah menukar kepada lesen tempatan, namun hanya diizinkan untuk memandu kereta.
Polis Trafik menjalankan operasi selama dua minggu yang menyasarkan pemandu kenderaan komersil seperti van dan lori pikap.
Mengulas mengenai pelaksanaan operasi itu, Encik Anthony Lim, Pegawai Bertugas, Pasukan Operasi Khas, Polis Trafik berkata: "Polis Trafik akan sentiasa meneruskan penguatkuasaan sedemikian. Kami ingin mengingatkan semua syarikat dan majikan - mereka bertanggungjawab dalam memastikan yang pekerja mereka mempunyai lesen memandu yang sah sebelum mengerahkan mereka untuk tugas memandu. Tindakan akan diambil terhadap majikan yang cuai."
Semasa operasi itu, seorang lelaki juga diberkas atas pelbagai kesalahan.
Polis Trafik mengarahkannya untuk berhenti.
Sebaliknya, lelaki berusia 43 tahun terbabit memecut laju dan memandu secara bahaya.
Selepas berjaya dikejar, dia malah menggigit lengan seorang pegawai.
Lelaki berkenaan tidak mempunyai lesen memandu.
Dia didakwa di mahkamah pada Jumaat (26 Jul) dan berdepan dengan hukuman penjara, denda atau sebatan.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.