Skip to main content

Singapura

350 kerja kosong, program latihan baru ditawarkan dalam sektor pengurusan sisa

Sektor khidmat alam sekitar semakin berkembang di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Nov 2020 08:31PM Dikemas Kini : 15 Nov 2020 09:18PM

SINGAPURA: Sektor khidmat alam sekitar semakin berkembang di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Bagaimanapun para majikan melaporkan kurangnya minat dalam bidang-bidang seperti kerja pembersihan atau pengurusan sisa.

Untuk itu, lebih 20 syarikat turun ke kawasan kejiranan bagi mengisi 350 kerja kosong yang ditawarkan dalam bidang-bidang tersebut.

20 peratus kerja kosong yang ditawarkan di Pesta Kerjaya di Hong Kah North, adalah untuk golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).

Menurut Menteri Negara Kanan, Kemampanan dan Sekitaran, Dr Amy Khor, pusat kerjaya Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan Persatuan Pengurusan Sisa dan Kitar Semula Singapura (WMRAS) sudah melancarkan Program Penukaran Profesional (PCP) bagi pengurusan sisa.

Program itu bertujuan membangunkan dan mengekalkan karyawan dalam bidang pengurusan sisa.

Program tiga bulan itu akan melengkapkan pekerja pertengahan kerja dengan kemahiran menjadi karyawan pengurusan sisa.

Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam pesta kerjaya siang tadi (15 Nov) menyatakan, permintaan bagi khidmat yang mereka tawarkan telah bertambah, di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Namun, mereka terus dibelenggu dengan isu tenaga kerja.

Sempena pesta kerjaya itu juga kawasan undi Hong Kah North melancarkan aplikasi baru bagi menyuntik keseronokan dalam amalan mengitar semula.

Penduduk boleh mengimbas barang-barang yang diletakkan ke dalam tempat kitar semula, bagi meraih mata.

10 orang yang mengumpulkan mata tertinggi setiap bulan, akan menerima hadiah antara Disember hingga Februari depan.

Ini termasuk hadiah baucar S$1,200 dan barangan yang lain ditawarkan.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita